Under Construction

Hai semua.
Aku cuma nak inform, korang mungkin akan dapat tengok aku update blog kat dashboard korang lepas ni sebab aku dah lama tak update blog, since January 2010 hari tu.
Entri-entri yang aku pos buat masa ni mungkin bukan yang latest, tapi cerita-cerita lama yang dah aku lalui sepanjang tahun 2010.
Sorry kalau benda ni menganggu lalu lintas dashboard korang.

Wednesday, December 30, 2009

Kedana


Last week aku check, RM27.++.
Dan angka tu bergerak selepas beberapa hari kepada RM17.++.
Keluarkan lagi RM10 - akibat perut yang terlalu girang melagukan keroncong
Dan tiga hari berturut-turut ni aku check akaun but the akaun now remains RM7.++.
Mana JPA? Mana mana mana mana?

Buat masa ni
NO futsal
NO wayang
NO jalan-jalan
NO karaoke
NO credit for my both Maxis & Celcom

Dekat dua minggu aku makan sekali sehari.
Dekat dua minggu aku just panaskan enjin kereta dalam kawasan UKM.

Buat masa ni aku dah berhutang RM11.50...... Ihsan Faiq, thanx dude! Dapat duit nanti aku terus bayar! Hehe

Dan time-time macam ni headphone aku telah berjaya untuk tidak berfungsi lagi....
Stok Milo seems like boleh bertahan dalam masa sehari dua lagi, I guess....
Oat, biscuits, snacks & etc. - Jangan harap nak ada time-time macam ni.
(Gigit jari jelah aku dalam bilik)

Thanx to all my friends yang offer nak pinjamkan duit. Tak lupa juga kepada yang offer belanja makan. Takpe tak payah susah-susah. Aku cuma tak nak susahkan korang. But guys, that was why aku sayang korang...... =)

Some of them yang dah faham, tak ajak aku pergi mana-mana sebab tahu aku tengah sengkek. Chill Alip, Chill! Maybe aku akan buat benda yang sama jugak if aku ada kat tempat diorang.

Ibu keep on tanya ada duit lagi ke tak.
Aku jawab, "Ada,ada" (Hey RM7.++ dalam akaun aku tu consider duit lagi kan?)

Esok aku balik rumah. Nak tak nak, balik kali ni aku WAJIB menebalkan muka bak Tembok Besar China untuk menge-pow Along aku. Huhu sorry Along...... Since Adik dah nak start sekolah ni, mesti pakai banyak duit jugak, so aku tak nak kacau Ibu.

Last but not least, jom pakat doa ramai-ramai (especially student JPA jugak) supaya akaun kita kembali dibanjiri wang besar secepat mungkin......

P/s : To my future cucu-cicit yang baca blog ni bila korang dah besar nanti, ingatlah yang Atuk/Moyang korang ni pernah merasa derita hidup akibat tak menyimpan time dia punya previous semester. Moral of the story, teruskan menyimpan dalam tabung buluh yang Atuk/Moyang dah buat untuk korang tu.
(Awas! Alip sedang berada dalam fasa senewengnya time-time takde duit macam ni)

Duit tu aku scan je.
Takde lah bengong benar nak membazir RM10 macam tu je.

Saturday, December 19, 2009

Colmar

Kali ni pula pasal cuti-cuti aku & family ke Colmar Tropicale, Bukit Tinggi. Nama je orang Bentong, dah umur 21 ni baru merasa pergi situ. Hehe. Percutian kali ni was fully sponsored by Along, since dia dah banyak buat wang besar akhir-akhir ni. Lagipun dah lama jugak kitorang tak cuti-cuti edisi family. =)

Plan asal nak ke Bukit Tinggi tu pagi, so boleh spent time lebih sikit kat sana. But hujan pulak macam tak reti-reti nak stop pagi tu. Ada hikmah lah tu agaknya (cewah aku dah pandai ber-positive thinking! Haha bagus Alip!).

So kitorang teruskan perjalanan ke Sungai Chongkak, Along nak survey tempat dia nak kursus 25-29 Disember nanti. Dah usha-usha tempat tu, kitorang singgah Ampang pulak untuk lunch. Alang-alang hujan pun turun lagi (tadi dah stop sekejap), kitorang singgah sekejap kat rumah Nenek (mak angkat Abah) kat Dato' Keramat.

Hujan pun dah reda, kitorang terus daki Bukit Tinggi. Thanks to Hisham, kasi aku pinjam DSLR kesayangan dia. Dan aku menjadi mangsa apabila aku yang jadi photographer time tu. So memang gambar aku tak banyak. Seronok sakan Ibu, Along & Adik aku posing sana sini.

Ni baru sampai....

See? Sakan diorang posing sana sini.

Adik......

Along & Ibu......

Tak kira tempat, jadi je. Hehe.

On the way balik. Time ni Ibu buat lawak. Terbahak-bahak (sambil pegang-pegang perut - akibat terlalu lawak) kitorang gelak depan orang. Hahaha

Argh aku nak jugak!

Wednesday, December 16, 2009

Foya-Foya Housemates

Malam tu malam last kitorang jadi housemate sementara untuk penempatan luar semester. Esoknya Ipin balik rumah dah. Diikuti Aku & Hisham keesokannya. Azhim tak balik, orang busy cari duit.... Hehe.

Lepas maghrib malam tu Aku, Hisham dan Ipin (yang ni susah betul nak ajak join sekali) pergi Putrajaya, saja nak snap-snap gambar since kali ni Hisham bring along dia punya DSLR. And for sure the photographer must be Hisham, so gambar-gambar beliau tak sebanyak gambar aku. Heheh thanx dude kasi aku chance merasa gila glamour sekejap malam tu. LOL

Mula-mula pergi Dataran Putrajaya.


Ada cerita disebalik gambar ni. Haha kitorang je yang tahu.


Ni Hisham. (Tangan aku pun berbedung jugak. Still boleh jadi photographer untuk handle DSLR.)

Haaa ini Ipin. Roomate aku, sama-sama Jawa.

Agak-agak lepas half an hour kitorang gerak ke Masjid Besi. Sampai-sampai tu kitorang Isyak dulu (jangan lupa!). Lepas tu bergambar tak ingat dunia (but still sopan santun, masjid tu!). Hehe.
Satu lagi buah tangan dari tangan aku. Not bad I guess. (Statement nak sedapkan hati sendiri)


Okay ni adalah action semata-mata. Bagi yang tak perasan, kiblat pun salah ni sebenarnya. Hehe

Yang ni bukan lakonan. Kitorang baca betul-betul but sekejap je. Hehe.

Ye itu kubah, aku tahu. Thank you Ipin.

Aku berasa aku dan gambar ini amat smart. Haha.

Ni kat luar pulak.

Sekali lagi terasa smart.

Balik-balik tu kitorang tengok balik all the photos yang dah di-transfer ke laptop, komen itu ini (aktiviti ini adalah lebih baik daripada ber-gossip. Hehe). Tengah-tengah enjoy tengok gambar, Azhim balik. Dia bawak balik rezeki lagi. Hehe. (Azhim kerja part time kat Pizza Hut Alamanda, so mostly lepas balik kerja ada je rezeki free untuk kitorang santap malam-malam). Thanx dude!

Last but not least, aku happy ber-housemate-kan korang. Kalau dapat stay sampai habis semester ni pun aku lagi suka, lagi-lagi part free supper tu. Hehehe.


The 1 month housemates.

Monday, December 14, 2009

Nikah Juga....

Entri kali ni nak bercerita pasal perkahwinan sepupu aku, Kak Mas (anak bongsu Cik Jah). Event ni berlangsung pada 12/12/2009 lepas, di Kemaman, Terengganu. Kak Mas bertemu jodoh dengan pilihan hati dia time study kat UKM dulu, Abang Zul.

Dah 5 tahun dah diorang ni bercinta. Berkenalan time kelas silat time sama-sama study dulu. Even fakulti lain-lain, Kak Mas kat FTSM, Abg Zul kat FKejut. Sekarang Kak Mas kerja kat Bangi, Abg Zul mengajar kat Sarawak. Still, diorang bertahan ke jinjang pelamin. Aku respect.

Sedikit tentang tentatif majlis; Upacara akad nikah pukul 10 pagi. Tengah hari tu bersanding. Petang potong kek. Malam buka hadiah. Haha senang-senang aku simplify.

Theme diorang biru turqois. Aku main tibai je baju hitam yang ada jalur turqois. Asal kena sikit dengan tema. Haha.

Apa-apa pun aku jadi pengacara tangkap muat untuk majlis persandingan tu. Entah atas rasional apa aku yang Kak Mas pilih. Apa-apa pun for the first time macam aku, hari tu kerja aku okay lah.... Mula-mula gabra jugak, berpeluh-peluh pegang mic. Heheh.

Alhamdulillah sepanjang event tu tak hujan. Time-time kenduri macam ni lah dapat jumpa ramai saudara-mara.

Aku doakan masjid yang baru terbina ni akan kekal. Sama-sama kita doakan. =)

Ni time bersanding....

Potong kek pulak. (Atually bukan kek, but pulut kuning - lebih tradisional. Hehe)

Kelibat seorang pengacara tangkap muat.... (Tak kira, aku letak jugak)

Monday, December 7, 2009

Jom Heboh

Belek-belek folders yang belambak kat hard disk ni, terlayan jap gambar-gambar time pergi Jom Heboh kat Bukit Jalil baru-baru ni, 6/12/2009......

Actually, tak sempat nak plan properly time nak pergi hari tu. Masing-masing busy dengan lab work yang bertimbun. Sedar-sedar dah weekend. So time tu lah baru nak cari member join sekali, decide bila nak pergi and bla bla bla. Yang pergi; Aku (driver terhormat), Ain (tuan kereta), Dell (excited nak jumpa Siti), Lea (bosan tak tau nak buat apa weekend tu).

On the way heading to BJ tu boleh tahan jammed teruk jugak start dari Tol Sungai Besi. Dengan hujannya lagi.... Tapi ok lah sebab Bangi to BJ tak ada lah jauh mana. (Boleh pulak Ain buat lawak; pakai sunglass time-time hujan nak senja tu).

Sampai kat BJ still hujan but dah tak heavy. Tak pasal-pasal aku kena beli payung (bait-bait lagu tema yang terngiang-ngiang kat telinga time cari payung tu; "Under my umberella ella ella eh eh eh" by Rihanna). Time aku berkeliaran looking for payung, terjumpa Wan (Ex-jiran aku time 2nd year). Actually memang dah tahu dia pun pergi Jom Heboh tu but adegan terjumpa tu memang accidently happened.

Alang-alang dah senja time kitorang sampai tu, kasi settle Maghrib dulu lepas tu baru berfoya-foya. Time tu hujan dah stop. Dengan berbekalkan tenaga daripada burger yang dibeli kat BJ tu jugak, kitorang berjalan-jalan sambil terbeli itu ini dari booth-booth yang melata kat sana. Aku terbeli Mamee since stok instant food dalam bilik aku pun dah habis.

Part yang most excited malam tu adalah time konsert. Boleh tahan artis-artis yang TV3 jemput malam tu. Ada Fabulous Cats, Hattan, Estranged, Jac, Anang (sampai hari ni aku tak stop dengar "Separuh Jiwaku Pergi". Hehe), Misha and tak lupa Dato' Siti Nurhaliza (Dell paling excited duet dengan Siti even dari jauh). Free-free aku dapat tengok live perfomance diorang.

Sebelum balik, jalan-jalan sikit lagi. Time tu booth-booth pakat nak tutup dah semua. Kitorang dapat durian runtuh kat 1 booth tu, gila-gila punya murah jual buah salut coklat. Time petang pergi usha diorang jual 3 cucuk RM10 (Banyak tokey tu buat duit time event tu). Malam tu dah jadi dua cucuk RM1. Wahahaha aku pun belasah beli sampai penuh tangan (actually aku spent RM2 je - cerita nak kasi gempak je kau ni Alip). Sedap pulak tu. Makan sambil jalan menuju ke arah parking kereta, habis coklat-coklat melekat kat gigi.

Time ni tengah enjoy bunga api lepas habis konsert. Enjoy wooooo......

Tu pisang + coklat yang aku dapat murah tu. Anggur + coklat pun aku beli. Strawberi tak sempat, awal-awal orang lain dah balun.

On the way balik tu tak ada lah jammed teruk mana. Sekejap je kat BJ lepas tu clear.

.........................................................

Teringat kenangan tahun lepas (December 2008), kat tempat yang sama jugak and still event yang sama, Jom Heboh. Aku dengan geng-geng KIY (Wan, Shidi, Arip, Maha, Top, Awie) kerja part time dekat booth Campbell's & Prego. Gaji boleh tahan lumayan, tapi kerja dia gila lah letih macam nak tercabut kaki - aku betul-betul maksudkan statement LETIH tu.

Aku jadi promoter, kena berdiri kat tengah panas terik dari pagi sampai malam (semua member yang kerja jadi promoter dengan aku kena sunburn free - time tu aku non-stop doa "Ya Allah, tolonglah hujan"). Rehat 10 minit untuk lunch and time solat je. Balik bilik, memang menikmati erti tidur yang sebenar-benarnya. Taubat dah tak nak kerja tu dah lepas ni. Huhu

Masing-masing dah tak boleh rasa kaki sendiri time ni. Kebas naturally without any injection.

Friday, December 4, 2009

Akan datang....

Sorry guys, dah lama tak update this blog. Aku tak tahu nak bagi alasan apa lagi selain ke-busy-an life as a final year student sekarang.

Even aku dah tak tahu hari apa sebab most of the time tak ingat benda lain yang remeh-temeh. Tahu-tahu je tadi dah hari Jumaat, tu pun sebab kena pergi solat Jumaat (Haih Alip, apa nak jadi ni?). Hari-hari aku sepanjang cuti ni boleh dikatakan berlalu macam tu je. I mean, tak perasan 1 hari
tu berlalu macam tu saja. Pagi-pagi dah masuk lab. Buat experiments. Petang balik bilik. Lately lepas rehat-rehatkan badan & otak, aku pergi stadium to jog (exercise sikit since ada orang kata badan aku macam takde beza even dah diet). Malam aku online, lepas tu tidur. Lalalalala~ Sedar-sedar dah hari lagi satu. Hari-hari pun almost macam ni.

Lepas ni aku akan try cerita balik apa yang dah berlaku akhir-akhir ni. Wait for my new entries.

Budak ni bosan tunggu run gel.
Siapa kata stay dalam lab dari pagi sampai petang tak bosan, aku bukan kawan korang.

Saturday, November 28, 2009

Aidiladha 2009

27/11/2009....Haaa aku tahu memang dah lapok untuk aku letak story pasal hari raya aidiladha hari tu. Saja aku nak letak entri ni sebagai kenangan untuk dibaca (at least by myself) pada masa-masa mendatang. Hehe.

Malam raya tu tak buat apa sangat, Ibu masak rendang je. Kerepek-kerepek dah dibuat awal-awal, dan effect-nya, balance kerepek yang nak dihidang kat tetamu macam lebih baik disimpan di dapur untuk stok perut sendiri. Alah, raya haji je kan. Hehe.

Pagi pergi solat sunat aidiladha dengan Jang, macam biasa. Balik rumah, makan & pakat snap gambar sana sini (Benda ni dah jadi semakin rutin untuk family aku. Jangan nak kata family korang tak).

Lepas dah beraya kat rumah Nenek, aku se-family pergi ke rumah kami yang lagi satu kat Mempaga. On the way ke sana, singgah menziarah kubur Abah sekejap.

Sepanjang hari kat Mempaga, tak ada tetamu pun yang datang. Aku assume sebab kawasan perumahan tu kawasan baru, so tak ramai orang kat situ time raya tu. Rendang-rendang yang Ibu masak dihabiskan ke dalam perut aku je. Haha. Bergendang-gendut bertali dan berkecapi perut aku menyanyi girang.

Tu Umair....

Ok ni idea aku je. Aku cuma tak nak Abah dilupakan.

Tuesday, November 10, 2009

Gigi & Baby

Tajuk entry tu adalah tak berkaitan secara langsung antara satu sama lain.
Fuh! hari agak mencabar bagi aku. Ujian sakit gigi dari pagi tadi memang berat. Aku tak dapat study sepanjang hari ni. Actually last week dah sakit, aku pergi pharmacy and beli ubat. 1st time kena tu lepas telan sebiji pain killer dah tak sakit terus seminggu, sampai la sakit semula pagi tadi.

Aku telan the same pill tapi seemed like less effective pulak this time. The pain tak hilang mana pun, plus tak sampai beberapa jam dah sakit semula, yang teramat sangat. Huhu. Time tu dah tak tahu nak buat apa, tidur tak boleh, itu tak boleh, ini tak boleh. Aku try rasa gusi aku, tengah membengkak dengan riaknya dalam mulut ni.

Bila condition yang memang dah critical macam tu, aku call kawan-kawan, tanya kalau-kalau any of them ada ubat for swelling gum. Unfortunately none of them had any. But aku appreciate diorang punya concern;
Adha tanya kalau-kalau nak dia hantar to see a dentist, Farah dengan petua tradisionalnya suruh aku tuam gusi tu guna air suam, Ain offer kasi garam, Faiq ingat aku main-main pulak (Sorry dude, terpaksa cancel plan kita nak study kat library malam ni). Lastly, special thanks to Sha & Azmir yang tolong belikan ubat untuk swelling gum from pharmacy. Aku memang dah tak boleh bawak motor dah rasanya untuk pergi pharmacy dekat luar sana. Kepala huyung-hayang angau kat gusi. Haha.

Ubat yang dibeli oleh Sha & Azmir

Ini Sha & Azmir. Thank you banyak-banyak guys!

Tak lama selepas telan ubat yang Sha belikan tu, dah feeling better now. So aku kena teruskan study untuk cover balik seharian hari aku tanpa study Molecular Biology yang examnya pada Jumaat ni. Sebelum tu, aku melantak oat yang tiba-tiba nampak terlalu sedap di kala perut yang kelaparan dek kerana tak lalu nak makan seharian tadi. Hehe.

Pagi tadi Ibu mesej, bagitahu Aunty dah selamat deliver baby perempuan this time. Umair dah jadi abang sekarang. Nama belum ada lagi, Adik aku suggest bagi nama Nur Kasih. Haha. Uncle aku selalunya take time untuk decide nama untuk anak-anak dia. Congrats untuk Aunty & Uncle untuk kelahiran baby baru mereka. =)


Mata sepet lagi, macam kakak & Ibu dia.


Ini Aunty & Uncle. Umar dah ada bakat interframe dari kecil. Haha.

Thursday, November 5, 2009

Cakap Betul-betul

Benda ni dah bermain-main dekat kepala aku beberapa hari dah. Even aku dah suarakan kat ex-roomate aku, Shidi.

Aunty aku sekarang tengah sarat pregnant, bila-bila masa dari sekarang dah boleh bersalin sebab dah lebih 9 bulan 10 hari. Buat masa ni, anak-anak bongsu Aunty aku adalah si kembar, Umar & Umair. Sekarang ni diorang baru 3 tahun lebih.

Yang kiri tu Umair, kanan Umar.

Si adik, Umair memang spent most of his time kat rumah family aku dari lahir sebab Aunty aku tak larat nak jaga dua-dua. But it doesn't mean aku tak sayang Umar. Rumah kami sebelah-sebelah je.

Hari tu time kenduri naik rumah & tahlil kat rumah aku (previous entry), malam tu Umair tiba-tiba tanya aku, "Angah, nanti bila Ibu dah dapat Adik, Angah dah tak sayang Umair ye?". Lepas tu aku dengan muka selamba je jawab, "A'ah lah, Angah kan dah sayang Umair, bagilah Angah sayang Adik pulak nanti". "Oooo", Umair balas.

Lepas tu fikir-fikir balik, aku salah bagi jawapan kat dia. Bila Ibu call, aku cakap dengan Umair, rasa kesian sebab cakap macam tu hari tu.

Moralnya sekarang, kita kena faham budak-budak pun ada perasaan. Kalau tak, macam mana dia boleh terfikir nak tanya aku soalan macam tu. So, hati-hati dalam bercakap dengan mereka.

Aliff

Friday, October 30, 2009

Along, Transcript & Jubah Konvo....


Tahniah kepada Along di atas kejayaannya mendapatkan Bachelor Hons. in Education (Caunselling). Venue nya dekat Putrajaya International Convention Centre (PICC), Putrajaya.

Ibu nampak happy je untuk meraikan pengalaman pertama family kami meraikan hari konvokesyen. =)


Huh, agak penat hari ni. Bukan apa, aku stay kat luar je sepanjang event tadi. Biasalah, untuk convocation mesti limit kan 2 orang je family members masuk dalam dewan. Aku bagi Ibu & Adik masuk dewan. InsyaAllah tahun depan rezeki aku pulak, aminnnn.... Tak sabar pulak rasanya nak tunggu. Hehe.


Sambil menunggu event tu selesai (9 am - 12.45 p
m), aku melanguk je kat luar dewan tu. Terbeli lah bunga untuk Along. Seriously mahal betul bunga kat situ. Aku plan nak beli yang besar but yang kecil pun harga dah macam buku Black (budak microb wajib tahu harga buku ni). So dapat la aku belikan sekadar termampu je (kenapa lah Along tak konvo awal-awal sem ritu? kaya sikit time tu. Hehe).

Anyway, thanx to Abg Adi & family. Sepanjang 4 hari Along setelkan urusan convo ni (ambil jubah, dinner, gambar, etc.), kami s
ekeluarga berkampung sementara di rumah Abg Adi. Abg Adi & famili juga turut datang untuk meraikan kejayaan Along tadi. Thank you, thank you!

Nasib b
aik Along dah kerja sekarang. Semua urusan convo ni dia support sendiri. Even baju-baju kami sekeluarga pun dia support. Beruntung betul. Aku pun harap dapat jadi macam tu juga tahun depan. =)


Dalam keramaian manusia. Time ni Along baru keluar dewan.


Bersama family Abg Adi.

Saturday, October 17, 2009

Naik Rumah & Tahlil

Hari ni, Kenduri Naik Rumah & Tahlil untuk arwah Abah. Lokasinya, rumah baru family aku, Feldajaya Mempaga, Bentong. Ibu nak tunaikan hajat Abah untuk buat kenduri naik rumah ni.

Bersederhana dalam kenduri ni, tetamu yang dijemput adalah di kalangan kawan-kawan lama daripada Bilut, Saudara-
mara (Terengganu dan Bentong), serta jiran-jiran baru. Malam tadi aku baru sampai rumah. Ibu dah sibuk kat dapur. Nasib baik ada Nenek datang tolong. Kami adik-beradik pun tolong juga. Malam tu Ibu sibuk masak Rendang. Aunty pun datang tolong malam tadi, but tak tidur kat rumah kami. Paginya dia datang tolong lagi. Aunty aku ni degil, anytime dia dah nak beranak but still nak buat kerja itu ini. Katanya takpe, dah biasa. Aunty, Aunty....

Paginya, Ibu keringkan Rendang yang dah half-cooked malam tadi. Lepas tu Aunty aku yang rajin tu masak Ikan Patin Masak Tempoyak, antara masakan yang dia memang pro. Hehe. Aku macam biasa, berapa kali ulang-alik ke kedai untuk beli itu dan ini. Aku balik ke Bilut sekejap (18 Km), untuk ambil kuih-kuih dan Laksa yang Ibu tempah daripada kawan-kawannya. Baru nak mulakan perjalanan balik ke Bilut, konvoi 3 kereta family daripada Terengganu sampai. Cik Jah bawak Nasi Dagang untuk hidangan. Banyak.... Thanx Cik Jah! =) Menu lain semua catering. Hehe.

Aku ke Bilut dengan Ba
k (abang Abah), dia nak ikut sebab dah lama tak pergi sana. Last dia datang masa Abah meninggal. Lepas tu kami je yang balik Terengganu. Lepas ambil semua makanan (Lompat Tikam, Karipap, Kuih Tako, & Laksa), kami balik Mempaga semula.

Sampai-sampai, tetamu dah ramai. Angkut barang-barang semua, terus majlis dimulakan. Thanx to Uncle (Uncle Tuah, suami Aunty) sebab lead bacaan Tahlil &
Doa Kesyukuran. Sibuk melayan tetamu yang datang, tak sempat isi perut sendiri. But takpe, tak terasa lapar sangat sebab seronok melayan tetamu. Dengan saudara-mara nya lagi, seronok sembang-sembang.

Dalam pukul 3, Ibu dan team Marhabannya buat bacaan Yaasin dan tahlil lagi. Kali ni version wanita pulak. =)

Anyway, thanx to semua yang menolong dan datang, yang dekat (Bilut, Bentong & jiran-jiran baru) mahupun yang jauh (Terengganu, S
hah Alam, KL & etc.). Aku appreciate semuanya! Ibu rasa lega sebab dah dapat tunaikan hajat Abah yang dari dulu nak buat tapi tak tercapai.

Suasana bawah canopy. Makan, makan....

Nenek melayan tetamu....

Ibu memang tak menang tangan.

Suasana dalam keramaian tetamu.

Ibu dan team Marhabannya.

Sebahagian kereta para tetamu. Guys, banyak parking lot kat rumah aku, takde alasan parking penuh untuk aku tak bagi korang konvoi datang rumah aku. Hehe.

Wednesday, October 14, 2009

Yakult & Sime


Malam tadi aku tak tidur sebab siapkan report untuk tesis aku. Dengan printer yang time-time ni la nak out of ink. Sabar jelah. Submit rep
ort tu pukul 9 am lepas aku settle kan urusan printing and binding kat UO.

Hari ni, keluarga besar Microb UKM (2nd & 3rd year students) berjalan ke Yakult di Seremban, Negeri Sembilan. Kami bertolak lebih kurang 9.30 pagi. Disambut dengan warm welcomed daripada pihak Yakult sesampainya kami di sana. Macam-macam input kami dapat kat sana. Tak tahu siapa nama person yang in charge sambut kami, bagi talk and tunjukkan cara-cara pemprosesan Yakult, but aku memang salute dia sebab dia memang bagus bagi penerangan dan senyum sepanjang masa. Good job! Even dia lambai-lambai kami kat dalam bas time kami bertolak balik. Thanx to Yakult and thanx juga to Far & Wan yang belanja aku 3 botol Yakult. Hehe.Luar kilang Yakult.

Dalam kilang, banyak mesin daripada pekerja.

On the way back from Yakult, kami singgah di Ladang Sime D
arby, tak jauh daripada Yakult. Tak tahu menahu pulak dalam schedule nak pergi situ sebab tak diberitahu langsung. But takpe, aku okay je. Kami lunch dekat situ. Mostly tanaman kat situ ditanam secara hydrophonic. Enjoy tengok tanaman yang segar- segar. Bagi inspirasi untuk aku menjadi petani berjaya dalam Farmville! Haha.
Girang bermain angin. Hehe

Dalam bas.

Lebih kurang pukul 4 pm kami sampai UKM. Sampai bilik, baru aku nak terlelap tiba-tiba teringat lagi 1 assignment tak hantar lagi. Dah siap tapi lupa nak hantar. Turun balik ke fakulti. Huhu. Balik je bilik aku terus tidur puas-puas. Haha.

Peace out,

Aliff

Saturday, October 10, 2009

Raya Seharian!

Aku nak share pengalaman seharian beraya dengan coursemates. Overall, journey sepanjang hari ni macam ni; Bangi-Senawang-Klang-Sungai Buloh-Ampang-Bangi. Penat yang berbaloi untuk semua ni.

Paginya, ada kelas ganti Biologi Molekul. Cuti-cuti pun ada kelas. But it's okay, Dr Roohaida punya lectures aku suka, tak bosan. Supposely the class had started at 9 am but somehow ada orang dalam lecture hall. Our class began at 9.30 am and ended at 11.30 am. Lepas tu terus kami berkumpul dan mulakan perjalanan. Semuanya 5 kereta; Ain's (Aku, Ain, Aini, Ros), Muadz's (Muadz, Faiq, Wan, Cheng), Nisa's (Nisa, Kema, Sahe, Ki), An's (An, Lea, Far), & Azmir's (Azmir, Sha, Dell, Dila).

............................................

Destinasi 1 - Rumah Kema, Senawang, Negeri Sembilan.

Tak jauh sangat daripada UKM, lebih kurang 45 minit. Sesampainya kat rumah Kema, mak dia dah siap masak. tinggal hidang je. Wah wah rezeki.... Kami lunch makan nasi kat sana. Mak Kema hidangkan lauk Gulai Ayam, Kobis Goreng, and yang paling utama; Sambal Belacan dia. Terangkat habis. Mak & Ayah Kema ramah, banyak sembang dengan kami. Awal-awal lagi perut dah kenyang, ada lagi rumah lepas ni. Huhu. Thanx to Kema & family. =)

Rumah family Kema.

..............................................

Destinasi 2 - Rumah Lea, Meru, Klang, Selangor.

Haaa destinasi kali ni kat area kampung. Tak sangka pulak Lea duduk kampung. Selama ni ingatkan dia uptown girl. Family Lea ni Jawa, sama macam aku. Apa-apa pun banyak betul makanan kat rumah Lea. Laksa, Lodeh, Pulut Kuning, Bihun Sup, Pecal & etc. Seriously banyak sangat. Kenyang-kenyang aku ni pun aku telan Bihun Sup & Pulut Kuning. Hehe. Mak Lea nampak letih, penat melayan tetamu sebelum-sebelum ni. Lepas tu kami banyak snap gambar kat area rumah Lea. Memang suasana kampung yang real. Depan rumah dia ada tali air, lagi lawa utk snap gambar. Hehe. Banyak kami bergambar petang tu. Apa-apa pun thanx to Lea & family.

As I told, terserlah suasana kampung, kan? Best....

...............................................

Destinasi 3 - Rumah Sha, Sungai Buloh, Selangor.

Rumah Sha ni rumah baru. Kawasan perumahan yang baru dibangunkan. Tak jauh sangat daripada rumah Lea. Aku interested betul dengan interior design rumah Sha, lagi-lagi part dapur. Smart habis! No wonderlah sebab abang dia study architecture. Siling pun well-designed. Kat sini, kami tak makan banyak. Masing-masing dah tak tahu nak sumbat makanan ke mana sebab dah kenyang. Mak Sha hidangkan Kuetiow Goreng Mamak. Sedap, memang sedap. Walaupun Sha dah bocorkan rahsia yang mak dia beli je kuetiow tu sebab family dia pergi open house lain sebelum tu, tak sempat nak masak. Hehe. Sambil tunggu para gadis siap solat, ayah & abang Sha ramah betul bersembang dengan kami. Itulah, inilah.... Enjoy je. Thanx to Sha and family!

Ni antara nice view dalam rumah Sha. Sini je dah looks like Cafe.

..............................................

Destinasi 4 - Rumah Nisa, Bukit Antarabangsa, Ampang, Selangor.

Actually kami tak planned apa-apa pun untuk ke rumah Nisa. Kat rumah Sha baru kami decide pergi rumah Nisa, alang-alang temankan dia balik sekali. Haaa bila dah berkonvoi malam-malam, memang terjadilah kes hilang liputan dan sesat. Huhu. 2 kereta sesat - area bandar Selayang, 3 lagi seronok ke Ampang tanpa kesesatan. Aku tersesat sekali kat Selayang. Hehe. 3 kereta yang tak sesat tu tunggu kami 2 kereta yang sesat dekat Zoo Negara, dan diorang sempat bergambar dekat Zoo. Haha sabar jelah. Lepas tu terus ke rumah Nisa. Dalam perjalanan tu, kami singgah dekat rumah Dato' Siti Nurhaliza. Ingat nak jumpa-jumpa, tangkap gambar ke. But tak dapat. Kami faham, kami sampai pun agak lewat, around 10 pm. Siti pun dah nak tidur. Sampai kat rumah Nisa, most of us main dengan kucing dia, Kippie. Sebagai cat-lover, aku pun main sekali.Parents Nisa pergi open house dekat rumah kenalan diorang. So kami tak berpeluang nak jumpa dan bersembang dengan family Nisa. Nisa hidangkan air Ribena & kuih-kuih raya untuk kami sebab semua pun dah tak lalu nak sumbat perut. Thanx Nisa!

Last snap sebelum balik UKM.

......................................................

Perjalanan pulang ke UKM lebih kurang pukul 11.30 pm. Seperti yang aku dah stated tadi, memang penat but berbaloi.... Jutaan terima kasih to all the families!