Under Construction

Hai semua.
Aku cuma nak inform, korang mungkin akan dapat tengok aku update blog kat dashboard korang lepas ni sebab aku dah lama tak update blog, since January 2010 hari tu.
Entri-entri yang aku pos buat masa ni mungkin bukan yang latest, tapi cerita-cerita lama yang dah aku lalui sepanjang tahun 2010.
Sorry kalau benda ni menganggu lalu lintas dashboard korang.

Saturday, November 28, 2009

Aidiladha 2009

27/11/2009....Haaa aku tahu memang dah lapok untuk aku letak story pasal hari raya aidiladha hari tu. Saja aku nak letak entri ni sebagai kenangan untuk dibaca (at least by myself) pada masa-masa mendatang. Hehe.

Malam raya tu tak buat apa sangat, Ibu masak rendang je. Kerepek-kerepek dah dibuat awal-awal, dan effect-nya, balance kerepek yang nak dihidang kat tetamu macam lebih baik disimpan di dapur untuk stok perut sendiri. Alah, raya haji je kan. Hehe.

Pagi pergi solat sunat aidiladha dengan Jang, macam biasa. Balik rumah, makan & pakat snap gambar sana sini (Benda ni dah jadi semakin rutin untuk family aku. Jangan nak kata family korang tak).

Lepas dah beraya kat rumah Nenek, aku se-family pergi ke rumah kami yang lagi satu kat Mempaga. On the way ke sana, singgah menziarah kubur Abah sekejap.

Sepanjang hari kat Mempaga, tak ada tetamu pun yang datang. Aku assume sebab kawasan perumahan tu kawasan baru, so tak ramai orang kat situ time raya tu. Rendang-rendang yang Ibu masak dihabiskan ke dalam perut aku je. Haha. Bergendang-gendut bertali dan berkecapi perut aku menyanyi girang.

Tu Umair....

Ok ni idea aku je. Aku cuma tak nak Abah dilupakan.

Tuesday, November 10, 2009

Gigi & Baby

Tajuk entry tu adalah tak berkaitan secara langsung antara satu sama lain.
Fuh! hari agak mencabar bagi aku. Ujian sakit gigi dari pagi tadi memang berat. Aku tak dapat study sepanjang hari ni. Actually last week dah sakit, aku pergi pharmacy and beli ubat. 1st time kena tu lepas telan sebiji pain killer dah tak sakit terus seminggu, sampai la sakit semula pagi tadi.

Aku telan the same pill tapi seemed like less effective pulak this time. The pain tak hilang mana pun, plus tak sampai beberapa jam dah sakit semula, yang teramat sangat. Huhu. Time tu dah tak tahu nak buat apa, tidur tak boleh, itu tak boleh, ini tak boleh. Aku try rasa gusi aku, tengah membengkak dengan riaknya dalam mulut ni.

Bila condition yang memang dah critical macam tu, aku call kawan-kawan, tanya kalau-kalau any of them ada ubat for swelling gum. Unfortunately none of them had any. But aku appreciate diorang punya concern;
Adha tanya kalau-kalau nak dia hantar to see a dentist, Farah dengan petua tradisionalnya suruh aku tuam gusi tu guna air suam, Ain offer kasi garam, Faiq ingat aku main-main pulak (Sorry dude, terpaksa cancel plan kita nak study kat library malam ni). Lastly, special thanks to Sha & Azmir yang tolong belikan ubat untuk swelling gum from pharmacy. Aku memang dah tak boleh bawak motor dah rasanya untuk pergi pharmacy dekat luar sana. Kepala huyung-hayang angau kat gusi. Haha.

Ubat yang dibeli oleh Sha & Azmir

Ini Sha & Azmir. Thank you banyak-banyak guys!

Tak lama selepas telan ubat yang Sha belikan tu, dah feeling better now. So aku kena teruskan study untuk cover balik seharian hari aku tanpa study Molecular Biology yang examnya pada Jumaat ni. Sebelum tu, aku melantak oat yang tiba-tiba nampak terlalu sedap di kala perut yang kelaparan dek kerana tak lalu nak makan seharian tadi. Hehe.

Pagi tadi Ibu mesej, bagitahu Aunty dah selamat deliver baby perempuan this time. Umair dah jadi abang sekarang. Nama belum ada lagi, Adik aku suggest bagi nama Nur Kasih. Haha. Uncle aku selalunya take time untuk decide nama untuk anak-anak dia. Congrats untuk Aunty & Uncle untuk kelahiran baby baru mereka. =)


Mata sepet lagi, macam kakak & Ibu dia.


Ini Aunty & Uncle. Umar dah ada bakat interframe dari kecil. Haha.

Thursday, November 5, 2009

Cakap Betul-betul

Benda ni dah bermain-main dekat kepala aku beberapa hari dah. Even aku dah suarakan kat ex-roomate aku, Shidi.

Aunty aku sekarang tengah sarat pregnant, bila-bila masa dari sekarang dah boleh bersalin sebab dah lebih 9 bulan 10 hari. Buat masa ni, anak-anak bongsu Aunty aku adalah si kembar, Umar & Umair. Sekarang ni diorang baru 3 tahun lebih.

Yang kiri tu Umair, kanan Umar.

Si adik, Umair memang spent most of his time kat rumah family aku dari lahir sebab Aunty aku tak larat nak jaga dua-dua. But it doesn't mean aku tak sayang Umar. Rumah kami sebelah-sebelah je.

Hari tu time kenduri naik rumah & tahlil kat rumah aku (previous entry), malam tu Umair tiba-tiba tanya aku, "Angah, nanti bila Ibu dah dapat Adik, Angah dah tak sayang Umair ye?". Lepas tu aku dengan muka selamba je jawab, "A'ah lah, Angah kan dah sayang Umair, bagilah Angah sayang Adik pulak nanti". "Oooo", Umair balas.

Lepas tu fikir-fikir balik, aku salah bagi jawapan kat dia. Bila Ibu call, aku cakap dengan Umair, rasa kesian sebab cakap macam tu hari tu.

Moralnya sekarang, kita kena faham budak-budak pun ada perasaan. Kalau tak, macam mana dia boleh terfikir nak tanya aku soalan macam tu. So, hati-hati dalam bercakap dengan mereka.

Aliff