Under Construction

Hai semua.
Aku cuma nak inform, korang mungkin akan dapat tengok aku update blog kat dashboard korang lepas ni sebab aku dah lama tak update blog, since January 2010 hari tu.
Entri-entri yang aku pos buat masa ni mungkin bukan yang latest, tapi cerita-cerita lama yang dah aku lalui sepanjang tahun 2010.
Sorry kalau benda ni menganggu lalu lintas dashboard korang.

Wednesday, December 30, 2009

Kedana


Last week aku check, RM27.++.
Dan angka tu bergerak selepas beberapa hari kepada RM17.++.
Keluarkan lagi RM10 - akibat perut yang terlalu girang melagukan keroncong
Dan tiga hari berturut-turut ni aku check akaun but the akaun now remains RM7.++.
Mana JPA? Mana mana mana mana?

Buat masa ni
NO futsal
NO wayang
NO jalan-jalan
NO karaoke
NO credit for my both Maxis & Celcom

Dekat dua minggu aku makan sekali sehari.
Dekat dua minggu aku just panaskan enjin kereta dalam kawasan UKM.

Buat masa ni aku dah berhutang RM11.50...... Ihsan Faiq, thanx dude! Dapat duit nanti aku terus bayar! Hehe

Dan time-time macam ni headphone aku telah berjaya untuk tidak berfungsi lagi....
Stok Milo seems like boleh bertahan dalam masa sehari dua lagi, I guess....
Oat, biscuits, snacks & etc. - Jangan harap nak ada time-time macam ni.
(Gigit jari jelah aku dalam bilik)

Thanx to all my friends yang offer nak pinjamkan duit. Tak lupa juga kepada yang offer belanja makan. Takpe tak payah susah-susah. Aku cuma tak nak susahkan korang. But guys, that was why aku sayang korang...... =)

Some of them yang dah faham, tak ajak aku pergi mana-mana sebab tahu aku tengah sengkek. Chill Alip, Chill! Maybe aku akan buat benda yang sama jugak if aku ada kat tempat diorang.

Ibu keep on tanya ada duit lagi ke tak.
Aku jawab, "Ada,ada" (Hey RM7.++ dalam akaun aku tu consider duit lagi kan?)

Esok aku balik rumah. Nak tak nak, balik kali ni aku WAJIB menebalkan muka bak Tembok Besar China untuk menge-pow Along aku. Huhu sorry Along...... Since Adik dah nak start sekolah ni, mesti pakai banyak duit jugak, so aku tak nak kacau Ibu.

Last but not least, jom pakat doa ramai-ramai (especially student JPA jugak) supaya akaun kita kembali dibanjiri wang besar secepat mungkin......

P/s : To my future cucu-cicit yang baca blog ni bila korang dah besar nanti, ingatlah yang Atuk/Moyang korang ni pernah merasa derita hidup akibat tak menyimpan time dia punya previous semester. Moral of the story, teruskan menyimpan dalam tabung buluh yang Atuk/Moyang dah buat untuk korang tu.
(Awas! Alip sedang berada dalam fasa senewengnya time-time takde duit macam ni)

Duit tu aku scan je.
Takde lah bengong benar nak membazir RM10 macam tu je.

Saturday, December 19, 2009

Colmar

Kali ni pula pasal cuti-cuti aku & family ke Colmar Tropicale, Bukit Tinggi. Nama je orang Bentong, dah umur 21 ni baru merasa pergi situ. Hehe. Percutian kali ni was fully sponsored by Along, since dia dah banyak buat wang besar akhir-akhir ni. Lagipun dah lama jugak kitorang tak cuti-cuti edisi family. =)

Plan asal nak ke Bukit Tinggi tu pagi, so boleh spent time lebih sikit kat sana. But hujan pulak macam tak reti-reti nak stop pagi tu. Ada hikmah lah tu agaknya (cewah aku dah pandai ber-positive thinking! Haha bagus Alip!).

So kitorang teruskan perjalanan ke Sungai Chongkak, Along nak survey tempat dia nak kursus 25-29 Disember nanti. Dah usha-usha tempat tu, kitorang singgah Ampang pulak untuk lunch. Alang-alang hujan pun turun lagi (tadi dah stop sekejap), kitorang singgah sekejap kat rumah Nenek (mak angkat Abah) kat Dato' Keramat.

Hujan pun dah reda, kitorang terus daki Bukit Tinggi. Thanks to Hisham, kasi aku pinjam DSLR kesayangan dia. Dan aku menjadi mangsa apabila aku yang jadi photographer time tu. So memang gambar aku tak banyak. Seronok sakan Ibu, Along & Adik aku posing sana sini.

Ni baru sampai....

See? Sakan diorang posing sana sini.

Adik......

Along & Ibu......

Tak kira tempat, jadi je. Hehe.

On the way balik. Time ni Ibu buat lawak. Terbahak-bahak (sambil pegang-pegang perut - akibat terlalu lawak) kitorang gelak depan orang. Hahaha

Argh aku nak jugak!

Wednesday, December 16, 2009

Foya-Foya Housemates

Malam tu malam last kitorang jadi housemate sementara untuk penempatan luar semester. Esoknya Ipin balik rumah dah. Diikuti Aku & Hisham keesokannya. Azhim tak balik, orang busy cari duit.... Hehe.

Lepas maghrib malam tu Aku, Hisham dan Ipin (yang ni susah betul nak ajak join sekali) pergi Putrajaya, saja nak snap-snap gambar since kali ni Hisham bring along dia punya DSLR. And for sure the photographer must be Hisham, so gambar-gambar beliau tak sebanyak gambar aku. Heheh thanx dude kasi aku chance merasa gila glamour sekejap malam tu. LOL

Mula-mula pergi Dataran Putrajaya.


Ada cerita disebalik gambar ni. Haha kitorang je yang tahu.


Ni Hisham. (Tangan aku pun berbedung jugak. Still boleh jadi photographer untuk handle DSLR.)

Haaa ini Ipin. Roomate aku, sama-sama Jawa.

Agak-agak lepas half an hour kitorang gerak ke Masjid Besi. Sampai-sampai tu kitorang Isyak dulu (jangan lupa!). Lepas tu bergambar tak ingat dunia (but still sopan santun, masjid tu!). Hehe.
Satu lagi buah tangan dari tangan aku. Not bad I guess. (Statement nak sedapkan hati sendiri)


Okay ni adalah action semata-mata. Bagi yang tak perasan, kiblat pun salah ni sebenarnya. Hehe

Yang ni bukan lakonan. Kitorang baca betul-betul but sekejap je. Hehe.

Ye itu kubah, aku tahu. Thank you Ipin.

Aku berasa aku dan gambar ini amat smart. Haha.

Ni kat luar pulak.

Sekali lagi terasa smart.

Balik-balik tu kitorang tengok balik all the photos yang dah di-transfer ke laptop, komen itu ini (aktiviti ini adalah lebih baik daripada ber-gossip. Hehe). Tengah-tengah enjoy tengok gambar, Azhim balik. Dia bawak balik rezeki lagi. Hehe. (Azhim kerja part time kat Pizza Hut Alamanda, so mostly lepas balik kerja ada je rezeki free untuk kitorang santap malam-malam). Thanx dude!

Last but not least, aku happy ber-housemate-kan korang. Kalau dapat stay sampai habis semester ni pun aku lagi suka, lagi-lagi part free supper tu. Hehehe.


The 1 month housemates.

Monday, December 14, 2009

Nikah Juga....

Entri kali ni nak bercerita pasal perkahwinan sepupu aku, Kak Mas (anak bongsu Cik Jah). Event ni berlangsung pada 12/12/2009 lepas, di Kemaman, Terengganu. Kak Mas bertemu jodoh dengan pilihan hati dia time study kat UKM dulu, Abang Zul.

Dah 5 tahun dah diorang ni bercinta. Berkenalan time kelas silat time sama-sama study dulu. Even fakulti lain-lain, Kak Mas kat FTSM, Abg Zul kat FKejut. Sekarang Kak Mas kerja kat Bangi, Abg Zul mengajar kat Sarawak. Still, diorang bertahan ke jinjang pelamin. Aku respect.

Sedikit tentang tentatif majlis; Upacara akad nikah pukul 10 pagi. Tengah hari tu bersanding. Petang potong kek. Malam buka hadiah. Haha senang-senang aku simplify.

Theme diorang biru turqois. Aku main tibai je baju hitam yang ada jalur turqois. Asal kena sikit dengan tema. Haha.

Apa-apa pun aku jadi pengacara tangkap muat untuk majlis persandingan tu. Entah atas rasional apa aku yang Kak Mas pilih. Apa-apa pun for the first time macam aku, hari tu kerja aku okay lah.... Mula-mula gabra jugak, berpeluh-peluh pegang mic. Heheh.

Alhamdulillah sepanjang event tu tak hujan. Time-time kenduri macam ni lah dapat jumpa ramai saudara-mara.

Aku doakan masjid yang baru terbina ni akan kekal. Sama-sama kita doakan. =)

Ni time bersanding....

Potong kek pulak. (Atually bukan kek, but pulut kuning - lebih tradisional. Hehe)

Kelibat seorang pengacara tangkap muat.... (Tak kira, aku letak jugak)

Monday, December 7, 2009

Jom Heboh

Belek-belek folders yang belambak kat hard disk ni, terlayan jap gambar-gambar time pergi Jom Heboh kat Bukit Jalil baru-baru ni, 6/12/2009......

Actually, tak sempat nak plan properly time nak pergi hari tu. Masing-masing busy dengan lab work yang bertimbun. Sedar-sedar dah weekend. So time tu lah baru nak cari member join sekali, decide bila nak pergi and bla bla bla. Yang pergi; Aku (driver terhormat), Ain (tuan kereta), Dell (excited nak jumpa Siti), Lea (bosan tak tau nak buat apa weekend tu).

On the way heading to BJ tu boleh tahan jammed teruk jugak start dari Tol Sungai Besi. Dengan hujannya lagi.... Tapi ok lah sebab Bangi to BJ tak ada lah jauh mana. (Boleh pulak Ain buat lawak; pakai sunglass time-time hujan nak senja tu).

Sampai kat BJ still hujan but dah tak heavy. Tak pasal-pasal aku kena beli payung (bait-bait lagu tema yang terngiang-ngiang kat telinga time cari payung tu; "Under my umberella ella ella eh eh eh" by Rihanna). Time aku berkeliaran looking for payung, terjumpa Wan (Ex-jiran aku time 2nd year). Actually memang dah tahu dia pun pergi Jom Heboh tu but adegan terjumpa tu memang accidently happened.

Alang-alang dah senja time kitorang sampai tu, kasi settle Maghrib dulu lepas tu baru berfoya-foya. Time tu hujan dah stop. Dengan berbekalkan tenaga daripada burger yang dibeli kat BJ tu jugak, kitorang berjalan-jalan sambil terbeli itu ini dari booth-booth yang melata kat sana. Aku terbeli Mamee since stok instant food dalam bilik aku pun dah habis.

Part yang most excited malam tu adalah time konsert. Boleh tahan artis-artis yang TV3 jemput malam tu. Ada Fabulous Cats, Hattan, Estranged, Jac, Anang (sampai hari ni aku tak stop dengar "Separuh Jiwaku Pergi". Hehe), Misha and tak lupa Dato' Siti Nurhaliza (Dell paling excited duet dengan Siti even dari jauh). Free-free aku dapat tengok live perfomance diorang.

Sebelum balik, jalan-jalan sikit lagi. Time tu booth-booth pakat nak tutup dah semua. Kitorang dapat durian runtuh kat 1 booth tu, gila-gila punya murah jual buah salut coklat. Time petang pergi usha diorang jual 3 cucuk RM10 (Banyak tokey tu buat duit time event tu). Malam tu dah jadi dua cucuk RM1. Wahahaha aku pun belasah beli sampai penuh tangan (actually aku spent RM2 je - cerita nak kasi gempak je kau ni Alip). Sedap pulak tu. Makan sambil jalan menuju ke arah parking kereta, habis coklat-coklat melekat kat gigi.

Time ni tengah enjoy bunga api lepas habis konsert. Enjoy wooooo......

Tu pisang + coklat yang aku dapat murah tu. Anggur + coklat pun aku beli. Strawberi tak sempat, awal-awal orang lain dah balun.

On the way balik tu tak ada lah jammed teruk mana. Sekejap je kat BJ lepas tu clear.

.........................................................

Teringat kenangan tahun lepas (December 2008), kat tempat yang sama jugak and still event yang sama, Jom Heboh. Aku dengan geng-geng KIY (Wan, Shidi, Arip, Maha, Top, Awie) kerja part time dekat booth Campbell's & Prego. Gaji boleh tahan lumayan, tapi kerja dia gila lah letih macam nak tercabut kaki - aku betul-betul maksudkan statement LETIH tu.

Aku jadi promoter, kena berdiri kat tengah panas terik dari pagi sampai malam (semua member yang kerja jadi promoter dengan aku kena sunburn free - time tu aku non-stop doa "Ya Allah, tolonglah hujan"). Rehat 10 minit untuk lunch and time solat je. Balik bilik, memang menikmati erti tidur yang sebenar-benarnya. Taubat dah tak nak kerja tu dah lepas ni. Huhu

Masing-masing dah tak boleh rasa kaki sendiri time ni. Kebas naturally without any injection.

Friday, December 4, 2009

Akan datang....

Sorry guys, dah lama tak update this blog. Aku tak tahu nak bagi alasan apa lagi selain ke-busy-an life as a final year student sekarang.

Even aku dah tak tahu hari apa sebab most of the time tak ingat benda lain yang remeh-temeh. Tahu-tahu je tadi dah hari Jumaat, tu pun sebab kena pergi solat Jumaat (Haih Alip, apa nak jadi ni?). Hari-hari aku sepanjang cuti ni boleh dikatakan berlalu macam tu je. I mean, tak perasan 1 hari
tu berlalu macam tu saja. Pagi-pagi dah masuk lab. Buat experiments. Petang balik bilik. Lately lepas rehat-rehatkan badan & otak, aku pergi stadium to jog (exercise sikit since ada orang kata badan aku macam takde beza even dah diet). Malam aku online, lepas tu tidur. Lalalalala~ Sedar-sedar dah hari lagi satu. Hari-hari pun almost macam ni.

Lepas ni aku akan try cerita balik apa yang dah berlaku akhir-akhir ni. Wait for my new entries.

Budak ni bosan tunggu run gel.
Siapa kata stay dalam lab dari pagi sampai petang tak bosan, aku bukan kawan korang.