Under Construction

Hai semua.
Aku cuma nak inform, korang mungkin akan dapat tengok aku update blog kat dashboard korang lepas ni sebab aku dah lama tak update blog, since January 2010 hari tu.
Entri-entri yang aku pos buat masa ni mungkin bukan yang latest, tapi cerita-cerita lama yang dah aku lalui sepanjang tahun 2010.
Sorry kalau benda ni menganggu lalu lintas dashboard korang.

Sunday, February 28, 2010

PPRTM

27 Februari 2010

Apa tu PPRTM? PPRTM tu stands for "Perjumpaan Para Roomate Time Matrik". Kekeke.

Actually roomate asal dalam bilik kitorang tu Aku, Faizi, Acap & Jeme. Miji dengan Is tu sebagai pelakon pembantu je sebab rajin lepak kat bilik kitorang. Atau dalam kata lainnya dah jadik roomate kitorang secara tidak sah. Hehe

Macam biasa, benda ni dah lama dah di-planned. Macam biasa jugak, jadual masing-masing tak sama. Bila ada yang okay, ada yang tak free. Well, benda tu normal. But at the end, kitorang putuskan siapa free on that day, jom turun. Siapa tak free, lain kali jela (kalau ada buat gathering lagi la. Hehe).

On that day, Aku, Faizi, Jeme & Is je yang free. Acap & Miji lost in action. Ah, tak kisah la. Kira on je. At first kitorang plan nak jumpa kat Mid Valley sebab ingatkan nak gerak naik tren je. Tapi since Faizi dah berkereta & volunteer nak pick up Aku & Jeme kat UKM, kitorang tukar plan pegi Alamanda je sebab takde siapa yang tau jalan nak pegi Mid Valley. Kalau naik tren tau la. Haha.

Ni aku simplify aktiviti kitorang dari mula sampai akhir. Senang sikit baca.

Sampai Alamanda
:
V
Main bowling
:
V
Makan kat Burger King
:
V
Karaoke
:
V
Balik Bangi
:
V
Makan & lepak kat mapley
(Faris Maju)
:
V
Balik UKM
:
V
Faizi dengan Is balik UPM


Puas betul keluar dengan diorang. Sampai dah tak tau nak sembang apa sebab dah terlalu banyak bercakap. Hehe. Special thanks to penaja pengangkutan, Faizi and thanks jugak to Jeme & Is!

Tuesday, February 16, 2010

Reunion Kengkawan Sekolah

15 FEBRUARY 2010


Pandai organizer/s pilih tarikh yang sama dengan Gong Xi Fa Cai sebab senang nak gather sesama kitorang since semua tengah cuti. Hehe. So, ramai jugak la yang datang kali ni.

Plan asalnya cuma ber-bbq je kat rumah Zati. Tapi lepas dah puas makan-makan, sembang-sembang, gosip-gosip, kenakan orang etc etc, tetiba ada suara sumbang yang suggest nak pegi Chamang Dam. Bincang punya bincang, dapat la kata sepakat - siapa tumpang kereta siapa, nak bawak makanan apa, nak pegi ambik pakaian & ect..

Memang ramai betul umat manusia kat Chamang Dam time kitorang sampai tu. Parking pun jauuuhhhhh dari port nak lepak. Berbekalkan baki makanan & air time bbq tadi, kitorang sambung sembang-sembang, gosip, kenakan orang & etc kat situ pulak. Apa-apa pun, tak semua mandi kat air terjun.

Agak-agak dah letih & sengal-sengal otot mulut non-stop bercakap, kitorang pun bersiap nak balik. Insyaallah, ada rezeki lepas ni jumpa lagi. Hehe

Thanks to Hafiz & Tengku sebagai tokey bbq. Thanks jugak kat Zati sebagai penaja lokasi bbq. And thanks to semua yang join & dah lama tak jumpa!

(Alip, Tengku, Hafiz, Khai, Khidir, Aidil, Azirul, Nik, Aini, Zati, Temah, Gee, Azah, Dahlia, Ummi, Syida, Intan, Ainul, Hazirah, Firin)




Monday, February 8, 2010

Foya-foya Melaka

6 & 7 FEBRUARI 2010



Actually benda ni dah lama di-planned. Mastermind dia : Encik Ahmad Murshidi Amir a.k.a ex-roomate aku.

Si Sidi awal-awal dah berangan nak snap pictures kat sana-sini area Melaka tu.

Tak banyak aku nak cerita kat sini, cuma nak share gambar-gambar sepanjang 2 days 1 night kitorang kat sana. Tak lama, tapi puas!

Sebelum terlupa, special thanks to Rizuan Tahir, jiran lama time 2nd year. Dia yang banyak support kitorang sepanjang pegi sana. (Well, dia sorang je yang dah keje. Hehe)

Transportation : Free (Minyak pegi balik & jejalan satu Melaka)
Penginapan : Free (Tumpang rumah wan kat Jasin)
Makan : Free (2 kali je makan bayar sendiri)

THANKS WAN! AND THANKS TO SIDI JUGAK!

.........................................................

First Day


Ni dekat Masjid Pulau Melaka. Kawasan tanah tambak. Masjid ni located kat atas laut Selat Melaka

Haa yang ni memang namanya rezeki. Tengah syok kitorang jejalan kat dalam Mahkota Parade, ada contest tanya judul lagu. Lagu senang actually (I'm Yours by Jason Mraz je pun), tapi aku lupa. Nasib baik Wan dengan Sidi tolong bagi jawapan. Kekeke. Thanks guys & thanks to DIGI!




Yang kat atas ni kat Kota A' Famosa. Kitorang tak naik atas bukit. Panas woo time tu..

Ni dekat muzium apa entah nama dia lupa. Kalau tak silap Muzium Kemerdekaan.

Main-main kat kapal terbang

Haa yang ni kat kereta api old school

Gambar ni ada gaya macam kat UK kan? Kekeke

Auww! Sidi suka bunga? Haha

Suasana malam kat Banda Hilir. Dengan beca-becanya..

................................................................

Second Day






Bergaya sakan macam tourists dari overseas la konon kitorang time tu. Haha

Wan dengan cousin dia (Julia) & adik dia (Safwan)
.............................................................................

Malam tu sebelum balik UKM, Wan sempat bagi kitorang rasa air tangan dia masak sup. Thanks again. Sedap oh~

Saturday, February 6, 2010

Air Kolam tu Panas!

05 Februari 2010



Haa.. Baru-baru ni, kitorang bebudak Microb UKM yang ambik subjek Mikrobiologi Persekitaran pegi jejalan kat Sungai Klah Hot Spring, Trolak, Perak.

Ini kali kedua aku jejakkan kaki kat situ. Sebelum ni pegi dengan family, time tu end of 2004 & arwah Abah ada lagi.

Actually kitorang pegi sana untuk ambik beberapa sample microb sebagai bahan eksperimentasi. Takkan la Dr. Asmat (lecturer kitorang) bagi kitorang jejalan sesaja makan angin kat sana.

Tak banyak sangat nak diceritakan, cuma komen secara overall, korang semua patut try pegi sana. Best! View cantik, dapat treat penyakit & release tension dengan enjoy mandi-mandi kat sana. Further info, klik sini.




Friday, February 5, 2010

Faiq Belanja Pizza

04 Februari 2010

Entah apa mimpi si Faiq, tetiba dia bermurah hati nak belanja kitorang (diri dia sendiri, aku, Wan & Cheng) makan pizza. Mungkin dia baru menang peraduan gores dan menang tapi tak nak bagitau kitorang. Haha

Aku sebagai AJK Pengangkutan menjalankan tanggungjaawab dengan menghantar application form kat si Adha untuk pinjam kereta beliau. Hehe. Thanks Adha! ;)

Malam tu kitorang makan kat Pizza Hut Alamanda. Memang bertambah sedap la bila dapat makan pizza free. Faiq belanja Combo Meal 4 which contains 2 Regular Pan Pizzas, 4 Soup-of-the-day, 4 pcs Garlic Breadstix & 1 pitcher of Pepsi. (nampak sangat ayat copy & paste. hehe)


........................................................................

Lepas kekenyangan melantak pizza, kitorang pegi karaoke pulak, still kat Alamanda. Apa lagi, kasi pecah suara! Haha


Last but not least, Thanks again to Faiq (for the Pizza) and Adha (for the kereta)
=)