Under Construction

Hai semua.
Aku cuma nak inform, korang mungkin akan dapat tengok aku update blog kat dashboard korang lepas ni sebab aku dah lama tak update blog, since January 2010 hari tu.
Entri-entri yang aku pos buat masa ni mungkin bukan yang latest, tapi cerita-cerita lama yang dah aku lalui sepanjang tahun 2010.
Sorry kalau benda ni menganggu lalu lintas dashboard korang.

Saturday, July 31, 2010

Puan Faza & Encik Saiful

31 Julai 2010


"Apa? Faza nak kahwin?"

Lebih kurang macam tu la respon member-member tutorial 5H27 kitorang bila dapat tau Faza dah nak kahwin. Memang kitorang tak sangka la Faza yang akan kahwin dulu dalam ramai-ramai budak tutor kami.

Bukan apa, Faza ni macam ganas-ganas campur blur sikit time kat matrik dulu. Tak kisah la semua tu. Sekarang kita pakat doakan Faza boleh jadik isteri yang baik. ;)

Actually diorang berdua still belajar. Faza ni budak medic USM. Husband dia student UIAM, ambik law. Doktor wanabe + Lawyer wanabe. Insyaallah anak-anak korang bijak lepas ni. Amiinn.. ;)

Kenduri side perempuan kat Felda Tementi, Triang, Pahang. Aku pergi dengan kengkawan 5H27 dulu : Anuar (doctor to be), Huda (bakal cikgu kimia berjaya) & Zila (bakal saintis agriculture). ;)

Diorang datang rumah aku sehari sebelum kenduri tu. Buat percutian 2 hari 2 malam. Hehe. At last sampai jugak korang kat rumah aku yang tak seberapa ni. ;)

Kitorang singgah bandar Temerloh sekejap, beli hadiah untuk pengantin. Hehe. Baru nak beli.

Boleh pulak tersesat nak pegi rumah pengantin. Bagi sesiapa yang tau area Triang tu, kitorang ter-melencong sampai ke Felda Mayam. Boleh tahan jauh jugak tu. Sikit advice untuk anda-anda semua, malu bertanya sesat jalan beb. So, tanya lah.

Bila dah sampai kat Felda Tementi, tak jumpa rumah pengantin pulak. Faza suruh adik dia jemput kitorang kat entrance Felda Tementi tu. Tak sengaja kitorang ter-menyaksikan accident kat situ. Boleh tahan serius jugak. Motor dengan motor. Kitorang bertindak sebagai bidan terjun time tu, bawak mangsa pergi klinik. (Mana pulak nak carik hospital kan kat tempat tu. Nasib baik klinik pun dekat dengan tempat kejadian). Kesian kat budak perempuan tu, mungkin ada part yang patah. I wished budak tu pengsan sebab kesian tengok dia meraung kesakitan.

Bila dah sampai rumah Faza, event dah macam nak habis dah. Tapi makanan ada lagi. Sedap. Hehe. Diorang laki bini busy layan kengkawan diorang. Faza angkut kengkawan USM dia. Dalam cover-cover tu nampak jugak muka letih diorang. Takpe beb, sekali seumur hidup. Insyaallah. ;)

Last but not least, Selamat Pengantin Baru Faza & Saiful. Doakan diorang kekal bahagia dunia akhirat. Amiinn.. ;)