Under Construction

Hai semua.
Aku cuma nak inform, korang mungkin akan dapat tengok aku update blog kat dashboard korang lepas ni sebab aku dah lama tak update blog, since January 2010 hari tu.
Entri-entri yang aku pos buat masa ni mungkin bukan yang latest, tapi cerita-cerita lama yang dah aku lalui sepanjang tahun 2010.
Sorry kalau benda ni menganggu lalu lintas dashboard korang.

Sunday, August 29, 2010

Reunion SB

28 Ogos 2010

Reunion & buka puasa dengan kengkawan sekolah lama aku time form 1 dulu, SMK Seri Bentong.
Awalnya kitorang gather dulu kat Dataran Merdeka.
Agak-agak dah nak masuk waktu berbuka, kitorang masuk Restoran Warisan (sebelah Dataran Merdeka).
Bukan senang nak kumpul balik ramai-ramai macam ni. Once a year jela.
Seronok dapat jumpa balik kengkawan lama. ;)


*Gambar-gambar ni semua aku dapatkan from Hafiz, my kampung-mate.

.............................................

P/s 1 : Thanks to Toyo yang organize semua benda ni dari mula.
(Aku boleh nampak dia punya semangat setia kawan tu sampai sekarang. Every year dia la orang penting untuk gather-gather ni semua)

P/s 2 : Reunion tahun ni tak seramai reunion tahun lepas. Ada budak-budak overseas yag tak dapat balik tahun ni, yang ada kat Malaysia ni pun ada yang ada hal lain. But yet, kitorang still had a great time lepak sama-sama hari tu. ;)

Sunday, August 15, 2010

Pulang Jubah dan dot dot dot

14 & 15 Ogos 2010

14 haribulan tu aku pergi UKM. Bawak Jang temankan aku. Tak syiok drive sesorang, bosan oh. Kebetulan Jang pun belum pernah pegi UKM sebelum ni.

Lepas pulangkan jubah kat Dectar, pegi Canselori pulak untuk ambik skrol dengan transkrip. Terjumpa Far kat situ. Tapi tak sembang lama sebab dia rush nak balik. ;)

Lepas tu, niat asalnya nak pulangkan hadiah Ros. Dia tertinggal time konvo hari tu, aku tolong simpankan. Dah sampai kat rumah sewa diorang, tetiba Ain dengan semangat wajanya ajak keluar tengah hari tu. Dia nak bagi merasa naik kereta baru dia, encik Vios. Tapi tau nak pegi mana. Kitorang (Aku, Jang, Ain, Ros & Ainil) jenjalan jela pusing Putrajaya.

Entah macam mana tetiba Ain suggest singgah kat Taman Botani, Putrajaya. Urgh? Apa kejadahnya puasa-puasa & tengah hari macam tu pegi makan angin kat Taman Botani? Mungkin aktiviti baru yang boleh dipraktikkan lepas ni. Haha. Layan jela.

Dah habis tawaf taman botani, kitorang pun balik Bangi. Dan secara saspennya Ros bukak mulut, plan nak ikut balik Bentong. Aku okay je. Ibu pun on je bila aku tanya. Bincang punya bincang sesama diorang, at last jadik ikut aku balik Bentong petang tu.

At last ada jugak coursemates aku datang rumah. Hehe. Ni la time nak tunjukkan Bentong kat diorang, especially Ainil. Ainil ni asal dari Padang, Indonesia. :) Sampai rumah sedang elok berapa minit je lagi nak berbuka. Lepas tu Aku pegi terawih kat masjid, tinggalkan diorang lepak-lepak kat rumah dengan perut kenyang.

................................................................................

Esoknya, 15 haribulan, aku bawak diorang pegi Bilut. Singgah kubur, tunjukkan kubur Abah. Lepas tu pegi rumah Nenek, bagi diorang kenal sikit dengan family aku. Kebetulan rumah dekat dengan sungai, bawak diorang jalan kaki pegi tengok sungai. Haip! Tak boleh mandi, puasa! ;p Lepas tu bawak tengok rumah lama family aku kat kuarters. Bagitau diorang kat rumah tu la arwah Abah meninggal. Last sekali bawak diorang pusing-pusing Bilut.

Balik Mempaga, diorang bersiap nak balik Bangi. Yela, masing-masing ada keje nak dibuat. Mesti lagi best kalau boleh stay lama sikit. Takpe, insyaAllah next time datang lagi. Aku bawak jenjalan kat bandar pulak. :)


P/s 1 : Jang ni segan sikit nak bergambar. So, tak banyak gambar dia. Even nak curik tangkap pun dia boleh meboloskan diri dia. Hoho
P/s 2 : Ain, Ros & Ainil, sorry kalau ada apa-apa yang tak kena sepanjang kat rumah aku. Tak sempat nak get ready.
P/s 3 : Mengharapkan lagi ramai kengkawan dapat datang rumah lepas ni. ;)

Wednesday, August 11, 2010

Aku & Bachelor of Science in Honest (Microbiology)

August 10th 2010


Ehem ehem.. Alhamdulillah, at last aku konvo jugak. Tak kisah la CGPA tak power pun, asalkan konvo. Tak daya dah otak aku nak kena torture lagi buat masa terdekat ni. Otak aku kata kalau nak ambik master, tunggu dia dah puas rest dulu. Heheh. Bukan apa, Microb bukan senang ye wahai pembaca semua. Tapi takde la sesusah Medic. Untuk orang-orang biasa macam aku ni, dapat passed Degree pun dah cukup bersyukur. Alhamdulillah.. ;)

Meh sini baca aku nak share sikit tentatif program sepanjang hari ni..

5.00 am - The journey begins, Bentong - Bangi.
:
V
6.30 am - Sampai UKM. Subuh kat Masjid UKM. Rest and lepak-lepak sebab awal sangat sampainya (Langkah berjaga-jaga sebab takut traffic jammed kat area Ampang - Cheras. Weekdays kan)
:
V
7.30 am - Jenjalan area Panggung Seni yand ada jual memacam. Ibu & Along belikan bunga as hadiah untuk aku. Thanks for those bouquets of flowers! :)
:
V
8.00 am - Berkumpul kat luar Dectar. Jumpa kengkawan. Banyak betul sembang sesama kitorang since dah dekat 3 bulan tak jumpa. "Keje mana", "dah kahwin ke belum", "sambung master ke" and etc etc..
:
V
Lepas tu masuk dewan (Lupa dah pukul berapa masuk tu. Tapi boleh tahan lama jugak la kitorang membasahkan ketiak kat luar Dectar tu). Suasana dalam Dectar time tu memang best. Mungkin perasaan sendiri je, tapi memang aku suka. Bangga oh~ Hehe
:

V
Area pukul 12.00 pm - Keluar dewan & tangkap gambar dengan kengkawan. Jumpa member-member course lain, fakulti lain and para junior & senior. (Time ni la nak pow mintak hadiah kat diorang. ;p)
:
V
Lepas settle jumpa kengkawan, tangkap gambar, sembang-sembang semua, aku & family pegi fakulti. Ada makan-makan sikit kat sana. Tapi time kitorang pegi tu dah lewat. Sempat jumpa sorang je lecturer, Dr Nazlina.. Kengkawan yg ada pun tak ramai.. Wan, Q, Khairul, Ain, Shima, Riri, & Atiq je yang tinggal time tu. Actually diorang pun lewat. Hehe
:
V
Lepas settle part makan-makan, aku & family pegi studio gambar kat Warta, Bangi. Service kurang elok kat kedai tu. Tapi disebabkan kitorang pun dah letih, bedal jela tangkap gambar kat kedai tu pun. Hopefully smart la gambar tu nanti.
:
V
Lastly, kitorang pegi Putrajaya pulak. Hajat hati nak pegi tangkap kat seantero pelusuk kompleks kerajaan tu, tapi sebab badan pun dah sengal-sengal tak rest dari pagi tadi + bau badan dah harum dengan aroma peluh.. Kitorang snap beberapa gambar kat area Masjid Besi je..
:
V
Lepas tu balik Bentong..


Thanks semua for the wishes and hadiahs! ;) Ni some of the photos to share.

...........................................................................





Gambar-gambar kat atas ni time kitorang kat dalam Dectar, tengah tunggu turn nak naik pentas.

Tak terketinggalalan, Ibu, Along, & Adik dalam keramaian keluarga yang ada kat dalam Dectar.

Special Thanks to Aqi sebab bagi one of her entry pass kat kami since ayah dia tak dapat attend sebab ada meeting katanya.. :)


..................................................................

Gambar-gambar ni pulak time dah settle semua event kat dalam Dectar. Time kitorang berkeliaran kat luar Dectar.

Itu Far. Hajjah wannabe.. Doakan murah rezeki aku ye Far. ;)

With Ros.. Antara orang yang paling banyak ajar aku sepanjang study kat UKM. Thanks Ros! :)

Yang ni pulak abang master kat lab aku. oh, maksud aku lab yang aku guna sepanjang siapkan tesis. Dia & Kak Chi Khoon banyak guide aku. Thanks guys! (And thanks for the bunga too, Hari)


Yang ni Ain a.k.a Peng. Bunga tu bukan aku bagi pun. Action je lebih. Heheh

Kami la budak-budak kacamata
B)

This is Yah, college-mate yang selalu teman aku jog kat stadium. Thanks for the hadiah from u & Mar. =)

Wan a.k.a Abang Tinggi.. Memang tinggi.. Heheh ;p

Senior-senior KIY yang sanggup mintak cuti & datang dari jauh (of course la diorang tak datang untuk aku je, untuk kawan-kawan yang lain jugak).
Thanks for coming and thanks for bunga-bungaan jugak!

With our Dr Nazlina.. =)
................................................................



Gambar-gambar dengan family kat Masjid Besi..

.............................................................



Hadiah-hadiah daripada Ibu, Along, Kak Daya, Wan, Aman, Hari, Mar & Yah. TQVM! ;)

..........................................................

Apa-apa pun, aku nak give a super big thanks to my family.. Ibu, Along & Adik. Tak lupa jugak kat arwah Abah (Kalau la Abah hidup lagi, mesti dia happy).. Kejayaan ni untuk kita se-family! ;) Untuk bestfriends yang banyak ajar and study sesama dari mula sampai akhir.. And to lecturers, coursemates & kengkawan yg lain, THANKS guys!

Thank you Allah! Alhamdulillah.. :)

Sunday, August 1, 2010

Ambil Jubah

1 Ogos 2010

Drive alone lagi ke UKM. Sha & Aqi dah settlekan pasal borang pengesahan. Thanks!

Kat UKM aku jumpa Faiq, Sha, Aqi, Kema & Dila. Bebudak lain ada yang dah ambik and ada yang belum ambik.

Selalunya orang snap photos as gambar pre-convo, kitorang pun nak jugak. Hehe. Tak banyak lokasi pun kitorang pegi untuk bergambar. Sekitar Dectar je. ;)