Under Construction

Hai semua.
Aku cuma nak inform, korang mungkin akan dapat tengok aku update blog kat dashboard korang lepas ni sebab aku dah lama tak update blog, since January 2010 hari tu.
Entri-entri yang aku pos buat masa ni mungkin bukan yang latest, tapi cerita-cerita lama yang dah aku lalui sepanjang tahun 2010.
Sorry kalau benda ni menganggu lalu lintas dashboard korang.

Saturday, September 12, 2009

5H27 KMPh 06/07 met again

Entry ni lambat sikit aku pos. alasan biasa, busy. lalalala~ but i can't missed this one. mesti cerita kat sini even none of them follow my blog. it's okay, at least kenangan hari tu tak hilang macam tu saja.

Entry kali ni nak berperihal tentang gathering ex-classmates aku time kat KMPh dulu. gathering buka puasa kali ni lebih meriah sebab lebih ramai people yang join (selalunya kami berlima je - aku, anuar, Azizi, Edah & Huda). thanks to Huda yang datang jauh dari UPSI, tanjung malim; Fifa & Hasif dari UiTM Shah Alam, Efa (UniMas) yang dah mula bercuti time tu; Anuar, Azizi & Azila dari UPM; dan tak lupa juga untuk Edah yang berangkat sekali dengan aku dari UKM ni.

plan asal kami nak main bowling sambil lepak2 sembang hal masing-masing. yela, lama tak jumpa. tapi disebabkan hari sabtu tu agak berduyun-duyun manusia berfoya-foya macam kami jugak kat mid valley tu, maka kami terpaksa berkeliaran saja sambil bersembang di sekeliling mall yang tak berapa nak kecil juga itu.

akibat terlalu banyak tersasau dek keletihan berpuasa sambil berjalan-jalan tanpa henti, kami pun mencari food court untuk berbuka nanti. senang, reserv
e awal-awal. walaupun jam baru pukul 5 lebih. (dah letih benar kaki-kaki kami, berduduk-duduk pula).

setelah meredakan kaki masing-masing sambil bersembang hal semasa dan kurang semasa, kami berpecah seketika mengikut geng masing-masing untuk aktiviti window shopping dan shopping betul-betul. tak lama lepas berpecah, kami bersatu kembali di food court tadi, beratur membeli makanan untuk berbuka. time ni sambung sembang lagi.

Edah tak habis-habis dengan perangai raja lawaknya, tak kering gusi kami gelak. Azizi & Efa tak dapat dipisahkan, melepaskan rindu dendam (perghhh puitis di situ) dah lama tak jumpa. by the way, thanx to Azizi & Efa yang treat us Big Apple hari tu. =) Hasif & girlfriendnya pun macam belangkas yang tak dapat dipisahkan. hehe. kesian kat Huda, walaupun banyak kerja (siapa suruh jadi orang penting kat UPSI?hehe) tapi still datang. thanks untuk anda, dan anda semua. Aku macam biasa, orang tengah jalan, sembang, korek hidung or etc., aku sibuk snap gambar. hehe. Anuar seronok sebab dapat beli baju raya kat ROMP. Azila makin banyak cakap sekarang (mungkin dia nak cover sebab dia sampai paling lewat hari tu. haha). Fifa excited dapat jumpa Efa & Farhana (Farhana ni lecture-mate kami, datang dengan Efa), diorang dulu besties time kat matrik.

masa nak balik ni antara babak yang adventure untuk kami, geng menghala ke seremban. turun je kat platform KTM mid valley tu, macam nak cancel je balik malam tu. huhu. ramai betul orang. first trip, aku & Huda je yang berjaya dengan cemerlangnya masuk ke dalam tren. trip kedua, nampaknya hanya Edah yang dapat membolosi sardin-sardin di dalam tren tersebut. last trip, the third one, barulah Anuar, Azizi & Azila dapat naik (ni berkat doa kami semua sebab kesian kat Azila, bas UPM dah takde lewat-lewat sangat.sungguhpun begitu, beliau tetap ketinggalan bas pada malam itu. kesian kena bayar tambang teksi RM11. feel sorry for u lah kawan).

aku & Huda terpaksa tunggu Edah kat stesen KTM UKM. sesampainya Edah, kami bergerak menuju ke restoran Azura untuk bersahur pula. i'm a bit sure most of you must think "baru lepas berbuka, dah nak sahur?", rite? anda semua tak tahu keperitan hidup di dalam tren yang terlalu padat malam tu. sampai terlapar semula dengan cepatnya. (okay,aku create je tu. dah dasar perut elastik, tak mampu nak bendung kelaparan). hehe.

time ni sementara menunggu Azizi & Efa beli big Apple untuk kami.


antara gambar candid yang aku suka. edah dengan lawaknya menghiburkan kami dikhalayak ramai. haha


ni baru lepas berbuka.


ni pulak gambar sebelum bertolak balik.

Friday, September 11, 2009

Seri Bentong Re-united

event ni pula berlangsung 5 sept lepas. thanx to Eddy & Toyo yang banyak bertungkus-lumus sebagai organizer. respect la korang! book tempat, arrange jadual, contact member2, etc....

event ni dijadualkan start around 2 pm, dekat Timesquare. disebabkan aku bangun lewat (ni effect tertidur lepas subuh ok, bukan tak bangun subuh), maka aku sampai sana area pukul 4 pm (yeke? lupa....). sesampainya aku kat Timesquare, aku jumpa budak2 perempuan kat depan TGV. budak2 ni dah selesai berbowlingan dan berkaraoke. cis! missed 2 activities. lepas tu, budak2 perempuan naik kereta ke KLCC. kami para jejaka naik monorail + jalan kaki je untuk ke KLCC.

sampai je kat KLCC, settel Asar dulu. lepas tu baru berkumpul kat KLCC park. sikit2 diorang datang. lama-lama meriah jadi park tu. seriously, reunion tu buat aku seronok sebab dah 7 tahun aku tak jumpa diorang. mostly my friends dah tak kenal aku sebab physically aku memang dah lain dari yang dulu. diorang take time to trace memory diorang untuk recognize muka aku.


soalan yang paling penat aku nak jawab;
"apasal kau kurus sekarang?!"
(dan yang membawa ke arah motif soalan yang sama)

haha. adalah juga rasa seronok bila ditanya soalan macam tu banyak kali. yela, nampak effort aku berbaloi.

lebih kurang sejam berkumpul, sembang2, snap photos kat park tu. lepas tu ramai2 move on to NZ curry house (sebelah KLCC je). lintas jalan ramai2. pergh best! haha. boleh pulak aku & Erin tersalah lintas. rabun dah dua2 budak sekampung ni.

Di NZ curry house tu, sebelum berbuka, sambung sembang2 sambil tunggu kawan2 yang sesat tak jumpa venue kami. makanan kat situ memang sedap. kami bedal nasi beriyani + ayam tandoori + kari sotong + rendang kambing/kambing masak kicap (lupa....hehe) + murtabak and etc....

lepas siap solat Maghrib, kami continue dengan acara terakhir; snap photos lagi. gila la lama kami stay kat NZ tu sampai pekerja2 kat situ pandang slack je kat kami. haha. oit, we've paid lah kawan. =) sebelum gerak balik ke tempat masing2, macam biasa, salam2, mintak maaf, wish raya siap2 etc.... aku gerak ke KL sentral dengan Halim & Khalid.


para wanita

para jejaka

time ni tengah tunggu member2 yang sesat / tersangkut dalam traffic / baru habis exam.
(venue : KLCC park)



Adegan lepas makan. tak complete ni, still ada yang bersepah2 untuk sesi fotografi masing2.
(venue : NZ curry house)

Cik Piah

entri ni pula nak cerita tentang tugas wajib yang ibu aku akan kasi setiap kali ramadhan. sungguhpun aku lah satu2nya anak lelaki yang tergagah dalam family aku, tapi kerja2 membuat kuih popia tak dapat lari dari rutin bulan puasa aku. bukan apa, ibu kata skill aku buat tu, cepat. jimat masa. hehe.

balik rumah hari tu, awal2 ibu dah siapkan kulit popia & serunding ikan. aiyak! cepat betul dah ready semua tu. sebagai anak yang faham bahasa, lepas balik terawih, aku start bergelut (ceh, word yang hyperbola) dengan popia2 tersebut. walaupun tak sempat siap banyak (2 tupperware dulu, nanti sambung lagi), dah cukup untuk bawa balik UKM bagi shidi dengan aidil merasa. walaupun sikit, at least dapat la merasa jugak. biarpun simple, janji ada.

ni main product daripada popia yang aku buat. popia pintal. ada juga yang lain; popia sira & popia nestum.

produk popia je dah dapat 3 jenis kuih dah untuk raya nanti. belum kira loyang, tempeyek, kerepek, dengan bahulu yang nenek aku mesti bagi tiap2 tahun. campur lagi dengan biskut2 yang ibu aku buat (tart, mazola - yang ni aku tak boleh campur, tak menjadi kuih tu nanti), kuih2 beli lagi. hehe meriah la meja kat ruang tamu tu nanti.

BUKA berBUKA BUKA

still in the same day, the 1st ramadhan.
my aunt jemput untuk berbuka at her house. ish, leceh la kena tukar2 pakaian, dress up smart2....(fine, aku tipu je ni) haha takde maknanya. rumah kami sebelah-sebelah je. tak sampai sepuluh langkah dah sampai. kira kalau kentut tu memang tak boleh dirahsiakan la. hehe =)
tapi aku agak lemah kalau berbuka dengan family aunty aku ni, dia akan masak banyak2 sampai boleh dibawa ke sahur dengan perut yang memboyot. haish....saja nak uji tahap konsisten diet aku. takpe, kadang2. hehe.



ni lauk kurma ayam yang aku request kat ibu. ibu yang offer boleh request apa2 je, sebagai anak yang baik, simple2 jadilah. hehe. thanx ibu!

sayur goreng ni memang favourite aku. aunty aku memang dah tau dari dulu. thanx aunty kerana tidak melupai anak saudaramu ini.

ikan keli masak merah ni pula memang favourite family aunty aku. anak2 dia memang suka betul ikan ni. along aku pun sama, khusyuk betul meratah lauk ni.


haaaa ni menu utama untuk hari tersebut. tilapia 3 rasa. perghhhh.... memang umph la!

apa2 pun thanx banyak2 to ibu & aunty yang bertungkus lumus menyiapkan juadah2 ini. semangat kekeluargaan yang baik untuk diteruskan.

p/s: kesian kat nenek. time ni dia demam. tak dapat merasa air tangan dia time buka puasa hari tu. but sekarang dah segar bugar. =) balik raya nanti siaplah, kena masak banyak2 untuk cucu2 dia. hehe.

MemPersonakan

Masih dalam 1st puasa, lebih kurang pukul 11 pagi, kami sekeluarga bergerak ke bandar Raub. haaa kali ni kami 1 family excited (along lah the most excited one). hehe =)
kereta Myvi ibu tak semena-mena menuju ke proton edar cawangan raub. (alip, tak menjadi la elemen suspen yang kau cuba create tu). okay2, dipermudahkan cerita, hari tu merupakan hari untuk along dapat kereta yang dia idam2kan. walaupun dengan loan bank je, janji dia affordable untuk kereta tu.


haaa tengoklah tu muka puas hati along aku. dia rasa berbaloi usaha dia study bagai nak rak & dapatkan kerja. bagus kakakku, pencapaian yang bagus.doakan adikmu ni dapat mengikut jejak langkah kakaknya. hehe =)

actually mula2 aku suggest beli kereta yang murah2 sudahlah. Saga or Viva. but my sister ni keras kepala, dia kata better beli yang elok terus, boleh pakai sampai tua. since ibu pun dah setuju dengan kata2 yang bernas dari along, maka bersetuju sajalah anak2 yang lainnya. for me, Persona ni not bad juga lah. agak complete (air bag, ABS, immobilizer, accessories etc.). plus, lagipun along kena travel long distance untuk balik rumah [almost 270 km per trip (bentong - chini)], so biarlah selesa. hopefully kami sekeluarga selamat sepanjang berada di jalan raya atau di mana2 saja, tak kira dengan kereta apa sekalipun. anda juga begitulah hendaknya....amin....
=)

peace
Aliff

menziarah Abah

untuk sambut 1st ramadhan, aku & along balik rumah. sambut puasa 1 family (dengan ibu & adik). pagi2 1st ramadhan, kami sahur sekeluarga. alhamdulillah semua boleh puasa (faham2 lah my family members sekarang semuanya perempuan, excluding me)
lepas sahur, sembang2 family sikit. lepas tu subuh.
area pukul 7.15 am, hari pun dah mula cerah, kami sekeluarga pergi menziarah kubur arwah abah. sedekah yasin. puasa kali ni, genap 3 tahun abah menghadap Ilahi. tapi kami redha dan semakin okay.

Al- fatihah untuk arwah abah yang dirindui....

Wednesday, September 9, 2009

ke-hectic-an ramadhan

huh! had been 'ages' tak update blog ni
sepanjang ramadhan ni, busy gila. btw, there's lots of things happened. walaupun letih dengan puasa, but assignments, thesis, exams, presentation, etc.... never stop came berjoget-joget into my life. (padahal mood kau memang selalu malas lah alip). anyway, semua aku able to handle walaupun dengan stress level dewa. (hyperbolic sungguh statement ini).
by the way, on a next entry (a post after this post), i will tell u serba sedikit tentang my life sepanjang ramadhan tahun ni. =)

ber-Poster

Story besides this Poster Presentation, aku started up typing these things around 3 am. siap print dalam pukul 7 am. practice sikit2. present pukul 9 am.

I was evaluated by Dr Nik Marzuki and Dr Amir. Time Dr Nik tanya, memang berpeluh-peluh. Gila lah dia pandai psiko otak aku sampai aku tak confident untuk jawab soalan-soalan dia. Tertekan otak aku time tu, tambah-tambah pulak glucose level dalam badan kurang bulan-bulan puasa ni. huhu. Time Dr Amir pulak, senang. Lepas present, Dr Amir tak tanya. Aku pulak yang semangat tanya, "Any question,Dr?". hehe. Dia kata semua ok, aku apa lagi....Sengih jela. Haha.

Hopefully aku dapat good grade. Aminnnn....


This is Wei Jie,my coursemate. At the back tu poster Wei Jie. Mine also look like that.

Aliff

Thursday, August 20, 2009

Kisah Aku di 1 Ramadhan 1427H

Assalamualaikum muslimin dan muslimat sekalian

seperti kita semua maklum, esok (22/08/2009),kita semua akan mula berpuasa.kat sini aku nak kongsi satu cerita dengan anda semua.
cerita ni berlaku tahun 2006.sedar x sedar, dah dekat 3 tahun dah berlalu.

selesai je bertarawih pada malam sehari sebelum ramadhan bermula, aku dapat beberapa sms drp kawan2 dan saudara mara mengucapkan selamat menyambut ramadhan. sambil berehat-rehat kat bilik, teringat nak call family - nak ucap selamat menyambut puasa. macam biasa, hari2 memang abah yang akan jawab fon. memandangkan itu adalah kali pertama aku menyambut ramadhan jauh dari family, banyak la yang aku sembang dengan abah. balik kampung, baju raya, itulah....inilah.... malam tu aku sembang dgn abah agak lama dari kebiasaan (selalunya dalam 6-7 minit).

pada paginya, lebih kurang pukul 4.45 am aku terbangun sendiri dan kejut para roomate bangun untuk bersahur. seriously,aku rasa mood aku happy je masa bangun tu, selalu liat je nak sahur.dalam hati "tenangnya pagi ni, xkan lailatulqadar 1 ramadhan pulak....". and aku bagitahu roomate aku betapa aku tenang pagi tu. diorang tetap dengan mata kuyu.

lebih kurang pukul 5 pagi, tengah tunggu biskut yang dicelup dalam air milo tu kembang, fon aku berbunyi. oooo ade call dari rumah. aku fikir, ni mesti nak gerakkan aku bangun sahur.

ibu : angah dah bangun? (macam suara ngantuk lagi)
aku : dah....tadi lagi dah bangun (konon2 bangga la bangun awal)
ibu : o....ibu nak bagitahu sesuatu ni.... angah kena terima ye
aku : hmmm ape dia?
ibu : abah dah takde (terus ibu aku menangis)
aku : eh, ibu betul2 laa....jangan main2....
ibu : betul....(sambil menangis)
aku : kenapa?! (aku macam x puas hati & x percaya)
ibu : abah muntah tadi lepas tu terus.... (sambil menangis)
aku : ala....ish x kan la (suara aku macam marah sebab sangat x puas hati masa tu)
ibu : angah tunggu ayah long ambil nanti (percakapan yang teresak2)
aku : ok....ibu tunggu angah

aku bagitahu roomate2 aku apa dah jadi. orang pertama yang ucap takziah - miji. fizi dengan jeme pandang je. aku tau diorang pun x tau nak cakap apa.

aku keluar dari bilik tu, duduk kat balkoni jap. actually aku sangat blur time tu. marah, x percaya, sedih & macam2 lagi.sebab, abah tak sakit tapi tiba2 boleh meninggal macam tu je. malam tadi je aku baru cakap dengan abah, semua elok.

aku x menangis, tapi badan aku jadi ketar. aku call saudara mara, diorang dah tau. aku call 2 - 3 orang kawan, bagitahu apa dah jadi. lepas tu terus fon aku non-stop berbunyi. time tu tak pasal2 aku jadik sebak. x kira dah aku cakap dengan siapa, aku nangis je. roomate2 semua pergi subuh kat masjid. pagi tu, sementara tunggu saudara mara ambil aku, aku solat subuh & baca yasin dengan keadaan teresak2
yang teramat sangat. x tertahan.

selepas melalui perjalanan 3 jam, aku & kaum kerabat dari terengganu sampai kat rumah. seriously, ramai betul orang datang ziarah. parking kereta berderet-deret. syukurlah ramai yang datang & doakan ketenangan abah. syukran kepada semua yang datang dari jauh & dekat.

aku masuk je rumah, terus ada jenazah abah dekat ruang tamu utama. ibu terus peluk aku. along dengan adik tengah baca yasin kat tepi abah. masa tu, aku tenang. orang macam pelik tengok aku cium abah aku & baca yasin dengan tenang. aku pun x tau kenapa.

aku pujuk adik dengan along, aku kata "sejuk hati tengok abah meninggal elok je sempurna,senang je....kalau yang meninggal accident tu....mengerikan". adik dengan along pun tenang je aku tengok. apa2 pun hati aku lega sebab jenazah abah senyum. i'Allah tu petanda baik.

selepas mandikan jenazah abah, sekarang kapankan pula. masa ni, memang x dapat tahan menangis. lagi2 untuk cium abah buat kali terakhir. air mata macam air paip. nak cakap apa pun xboleh, suara jadi tersekat sebab terlalu sedih. lepas solat jenazah, abah selamat dikebumikan. sepanjang sebulan puasa tu ibu buat tahlil kat rumah kami. along sambung cuti, temankan ibu & adik.

aku teruskan pelajaran selepas seminggu bercuti. syukur dan jutaan terima kasih kepada kawan2 yang faham keadaan aku. fotostatkan notes untuk aku, tolong ajar apa2 yang aku dah tertinggal, & yang paling penting support yang diberikan. diorang x tinggalkan aku sendiri dari mula aku terima berita sedih tu sampai aku mampu kuatkan hati.

jadi kawan2, setelah aku bercerita dengan panjang lebar kat sini....
- minta sedekahkan al-fatihah buat abah aku (terima kasih)
- kasihilah parents & family kita selagi mereka masih bersama kita
- sentiasa memohon keampunan sebab kita boleh mati bila2 pun
- berikan sokongan dan bantuan jika ada kawan kita yang berada dalam kesusahan Al-fatihah buat abah
Mohd Lazim bin Muda
(13/02/1960 - 24/09/2006)

semoga ramadhan kali ini lebih baik daripada yang sebelum2 ini
selamat menyambut ramadhan al-mubarak

Monday, August 17, 2009

Gatal Tangan

it's already half of august
midsemester exams is just around d corner....i can see u,exams!(punyela dekat sgt nk exam)

macam2 dah jadi these few weeks
assignments bertimbun + presentation....uh btol2 kasi aku mereng.
actually aku nak je post banyak2 kat blog ni but seems kebizian mnyengalkan non-stop memerengkan kpale sewel aku ni.see? struktur ayat pun dah menampakkan keserabutan aku.
now dah okay sikit. focusing on midsem exams.

betul orang kata, if stress sangat, jerawat pun subur mekar bertumbuh di mukamu.haha.but it's real guys. my face dah jadik macam sarang untuk para jururawat ni berteduh dan menumpang kasih. huh, parasitology sungguh korg ini! wondering if i have tons of RM100 notes....buat plastic surgery macam MJ, pastu kawen ngan fazura. haha.

apa2 pun, anytime aku free nanti aku update blog ni. tangan ni selalu je gatal nak update but somehow busy-ness always blocked the intention. hehe.

peace no war
Aliff