Under Construction

Hai semua.
Aku cuma nak inform, korang mungkin akan dapat tengok aku update blog kat dashboard korang lepas ni sebab aku dah lama tak update blog, since January 2010 hari tu.
Entri-entri yang aku pos buat masa ni mungkin bukan yang latest, tapi cerita-cerita lama yang dah aku lalui sepanjang tahun 2010.
Sorry kalau benda ni menganggu lalu lintas dashboard korang.

Saturday, May 1, 2010

Malam Muda Mudi Ex-K14U-ans

30 April 2010


Ex-K14U-ans tu istilah yang aku reka sendiri je. Tak pernah wujud pun. Okay tak payah debat pasal istilah tu. Translate macam biasa je.

Malam tu boleh dikira as reunion kecil-kecilan la untuk kitorang. Aku, Sidi, Wan, Aman, Aidil, Top & Maha yang dapat join malam tu. Tak full house sebab Arip, Kitak & Awie tak join sekali. Diorang semua senior, so masing-masing dah spread keje kat lain-lain tempat. tinggal aku dengan Sidi je yang still study.

Asalnya kitorang bukan la stay kat blok yang sama. Yang K14U sebenar cuma Aku, Wan, Aidil, Aman & Arip. Tapi yang lain tu banyak habiskan masa lepak kat bilik-bilik kitorang.

Aku gerak dengan Sidi & Wan dari UKM. Kitorang pakat jumpa semua orang kat Alamanda malam tu. Tahniah Aman sebab sampai paling awal! (mungkin tu kali pertama) Haha

Aktiviti pertama, dinner kat food court Rasa, Alamanda sambil tunggu budak-budak lain sampai. Wan belanja aku dengan Sidi sebab kitorang berdua student lagi, takde gaji. Hehe. (Aku makan nasik dagang) Thanks Wan! ;)
(Kitorang tak pow dia okay, dia yang ikhlas nak belanja. Hehe)

Lepas semua orang dah sampai.. apa lagi, tempat wajib singgah kalau dah sampai Alamanda - Karaoke lah! Nak jimat punya pasal, masuk ramai-ramai dalam room yang bayar ikut lagu. (Kalau bayar ikut jam tak berbaloi)

Dah nama pun lama tak jumpa, mesti la nak sembang sakan bila dah jumpa kali ni. Kitorang meneruskan aktiviti sembang-sembang kat jambatan tulang ikan (tak tau nama sebenar dia apa) kat Putrajaya.

Lama jugak sembang-sembang kat situ. Habis la semua benda pun nak cerita. Keje kau, keje aku, keje dia etc. Balik UKM, sampai bilik pun sedang elok nak masuk Subuh dah.



P/s : Tak boleh lupa insiden ulang-alik pegi jambatan tulang ikan sebab nak carik kunci Sidi yang dikhuatiri (dikhuatiri?) hilang kat situ. Rupa-rupanya tertinggal kat dalam bilik dia. Haha
. Saja bikin nervous la kau!