Under Construction

Hai semua.
Aku cuma nak inform, korang mungkin akan dapat tengok aku update blog kat dashboard korang lepas ni sebab aku dah lama tak update blog, since January 2010 hari tu.
Entri-entri yang aku pos buat masa ni mungkin bukan yang latest, tapi cerita-cerita lama yang dah aku lalui sepanjang tahun 2010.
Sorry kalau benda ni menganggu lalu lintas dashboard korang.

Thursday, December 16, 2010

Under Construction

Hai semua.
Post kali ni special untuk para followers aku yang tak seberapa ramai ni.
Aku cuma nak inform, korang mungkin akan dapat tengok aku update blog kat dashboard korang lepas ni since aku dah lama tak update blog, since January 2010 hari tu.
Tapi, entri yang aku pos buat masa ni mungkin bukan yang latest, tapi cerita-cerita lama yang dah aku lalui sepanjang tahun 2010.
Sorry kalau benda menganggu lalu lintas dashboard korang.




Friday, December 10, 2010

Baca Blog Sambil Lari-lari?


1) Letak banner ni dan link kan ke http://bloglarian.blogspot.com/
Okay settle. Sila klik banner kat atas tu ye para pembaca. heheh

2) Lengkapkan Slogan "Saya suka berblogwalking kerana...." (tidak lebih 30 patah perkataan)
"Saya suka berblogwalking kerana saya dapat mengetahui update daripada blogger lain dan menghiburkan hati membaca blog-blog lawak."


3) Follow Bloglarian
Okay settle!

4) Tag 3 orang atau lebih rakan
Fariza MM
Ain Havi
Dila Kazuha

5) sila beritahu rakan yang anda Tag memalui comment
Okay

6) Tinggalkan link post anda di comment entry ini bersama NAMA BLOG ANDA
Okay beres

7) peserta akan di listkan ke dalam BlogLarian mengikut turutan..
Okay

8) tiada tarikh tutup buat masa ini
Apa benda ni? Tak paham. Hahaha

Monday, December 6, 2010

Ke Cameron lah kita!

4 & 5 Disember 2010

Actually, niat sebenar pegi sana nak attend kenduri sorang saudara jauh family aku. Nenek aku punya sepupu punya cucu. Kitorang memang sangat jarang-jarang jumpa tapi setiap kali pergi Cameron mesti jumpa diorang. Alang-alang dah sampai, kitorang jenjalan la sekali kat sana. Hehe

Tak lama pun stay sana, 2 hari 1 malam je. Tak banyak nak cerita, kasi share gambar jela kat korang. ;)


Friday, December 3, 2010

Proton Saga Facelift

Masa berlangsungnya Thai Motor Expo 2010 hari tu, ada la beberapa pra-KLIMS punya motorshow dia buat kat situ.. Ada la Proton tunjukkan diorang punya Proton Saga baru yang dalam bahasa inggerisnya dipanggil "The 2011 Proton Saga facelift".

Pada pengamatan aku la, yang baru ni okay la. Better kalau nak compare dengan yang previous one. Actually yang previous punya model pun not bad bagi aku. Not too good but yet, not too bad.


Yela, kalau yang previous model kan sampai M-Line je. Saga SE pun upgrade sikit je dari M-Line punya model. Based on spec baru yang aku dah tengok tu, yang baru nanti maybe ada H-Line.


Nak senang cerita, kita bercerita sambil tengok gambar. Hehe



Part depan dia ada perubahan yang boleh tahan ketara jugak la.. Tengok kat headlamps, grille, & bumper. Jelas beza diorang. Dari perspektif mata aku, aku nampak lampu depan yang baru ni macam nak seakan-akan lampu Honda Accord yang baru je. (Sorry la kalau korang nampak macam lain)



Headlamps yang baru ni ada tiga bulb. Kalau compare dengan yang previous model 2 bulb je. And signal untuk headlamps baru letak kat bahagian dalam, yang lama kat tepi luar..


Haaa.. Side mirror baru ni ada signal. Kira tak ketinggalan zaman dah la bila kereta-kereta lain dah lama ada benda ni.. Hehe


Part belakang pulak kalau tengok beza utama kat lampu belakang. Dah kecik sikit dari yang sebelum ni. LED tu.. Bumper pun macam smart. Dengan reflector kat situ. Dulu takde sebab reflector tu dah ada sekali kat lampu belakang. One more thing, kat bahagian bawah bumper tu dah ada ruang untuk ekzos. Kalau compare dengan yang lama, ekzos tu tersorok kat belakang bumper.


Sekarang dah ada port untuk USB & AUX.
(AUX tu guna untuk apa pun aku tak berapa paham lagi)



Okay, nak adjust radio dah boleh buat kat steering dah. Function macam kat kebanyakan kereta sekarang. Senang sikit nak adjust volume ke, nak ubah track lagu ke, tukar mode ke.. Tak payah gerak sangat kepala and tak ganggu sangat concentration while driving the car.


Fabric Pattern untuk kemasan tempat duduk & tepi pintu pun dah tukar. Bagi aku, yang baru ni macam lagi smart. Hehe


Lagi, yang baru punya ada power window untuk cermin penumpang belakang. Dulu setakat dua cermin kat depan je.


Alloy wheel pun dah bertukar rupa dah. Okay la.. Yang lama pun okay je lagi..


Yang ni good news bagi yang dah lama tunggu kemunculan passenger punya airbag. Yang baru dah ada..


Harap-harap cepat la launch Saga baru ni. Aku dah macam tertarik hati je.. Kalau aku dah dapat keje yang okay and harga kereta pun kena, memang aku angkat la nanti. Yela, bujang-bujang kena jimat, kumpul duit banyak-banyak dulu. So tak dapat la nak pakai kereta mahal lagi. Hehe

Sumber dari Paultan. Thanks! ;)

Result KPLI dah Keluar!

3 NOVEMBER 2010

Harap Maaf, maklumat 880125XXXXXX, MOHD ALIFF BIN MOHD LAZIM telah kami proses.
Nama anda tidak tersenarai dalam panggilan temu duga
Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI-SR) & KPLI j-QAF
Ambilan Januari 2011.


Terima kasih atas minat anda dalam bidang perguruan.

......................................................................

Okay semua, aku tak lepas (failed la tu) nak pegi interview KPLI.. Sedih tu ada la sikit. Takde rezeki.. Tapi aku okay.. Mesti ada hikmah nanti, InsyaAllah.. ;)

So sekarang, kena banyak berdoa untuk rezeki yang lebih baik lepas ni.

Doakan aku dapat panggilan untuk temuduga guru/pensyarah MARA & pass semuanya sampai la dapat offer letter mengajar under MARA.

Amiiiinnnn.. InsyaAllah.. ;)

Thanks in advance! ;)

Thursday, December 2, 2010

Pahlawan-pahlawan Proton

TUAH, JEBAT, LEKIR, LEKIU, KASTURI

Haaa jangan main-main. Lagenda pahlawan-pahlawan melayu Melaka dulu dah kena sumpah jadik kereta! Haha.. Mengarut la.. Actually Proton has created pahlawan-pahlawan diorang sendiri dah sekarang. (Tapi apa guna pahlawan kalau setakat kereta je? Hehe)

Tapi, katanya semua model yang dipertunjukkan time KLIMS 2010 ni hanya la prototype semata-mata.. Tak tau la kalau Proton saja nak bikin saspen ke apa kan. Korang tau? Aku tak tau. Hehe.

Let say kalau kereta-kereta ni semua untuk jualan, oh meriah rasanya competition dalam market kereta..

Apa-apa pun, memang smart design kereta-kereta pahlawan ni semua. Kalau Proton Tuah tu dijual dengan harga RM 27, 346.80, confirm aku paksa Ibu aku beli satu kat aku! Haha

Cakap banyak pun tak guna, jom ramai-ramai pegi KLIMS 2010 kat PWTC untuk saksikan sendiri model-model konsep produced by Proton ni! (Aku harap aku ada duit lebih untuk pegi situ - klik la Nuffnang kat tepi tu. Hehe)

Ni ada gambar sikit nak share dengan korang.

..................................................................

Proton Tuah (Proton Persona Replacement?)


Proton Jebat (Proton Inspira / Mitsubishi Lancer)


Proton Lekir (Lotus Europa S)


Proton Lekiu (Proton Exora SUV)


Proton Kasturi (Proton Saga)

...................................................................

Sumber dari Paultan & Notakosong. Thanks!