Under Construction

Hai semua.
Aku cuma nak inform, korang mungkin akan dapat tengok aku update blog kat dashboard korang lepas ni sebab aku dah lama tak update blog, since January 2010 hari tu.
Entri-entri yang aku pos buat masa ni mungkin bukan yang latest, tapi cerita-cerita lama yang dah aku lalui sepanjang tahun 2010.
Sorry kalau benda ni menganggu lalu lintas dashboard korang.

Wednesday, October 19, 2011

Percubaan HDR Lagi

19 October 2011

Last time punya trial tak berapa menjadi.
Boleh refer post yang hari tu kat sini

Lepas menuntut ilmu dari sifu HDR aku : Shah Aizad, aku try buat lagi.

Kali ni macam getting better than the last time.

Photos were taken in Janda Baik, Pahang with Shah Aizad & Yazid.

Kat sini aku share gambar-gambar sebelum & selepas. 3 Exposures.




And this is the result :

Link

Friday, April 22, 2011

DPLI

22 April 2011

KPLI : failed MTest.

Guru MARA : failed interview.

DPLI : Ujian MEdSI pun tak terpilih.



At first, tipu la kalau aku kata tak hampa. Memang down sekejap lepas check tadi, tapi aku percaya mesti ada hikmah untuk apa yang dah jadi ni :)

Hopefully masih ada rezeki untuk aku jadi guru tetap lepas ni. Amin..

Tuesday, April 19, 2011

Hobi

Saje nak kasi show off sikit hasil tangan. Hehe

Hajat hati nak transform bagi jadik HDR photos, tapi disebabkan saya budak baru belajar maka takat ni je yang mampu buat masa ni.. :D

Kiri = Sebelum, Kanan = Selepas


Monday, April 11, 2011

Kena Attack Kat Sekolah

Hari ni boleh diklasifikasikan antara hari yang bersejarah dalam hidup aku. Sepanjang aku jadi GSTT ni bermula dari tahun lepas, aku tak pernah kena attack dengan mana-mana family kepada student aku di atas tindakan yang aku dah buat.

Dan hari ni, aku kena attack dengan family kepada salah seorang student aku.

Pagi tadi waktu PJK, aku denda 4 orang student yang tak pakai pakaian sukan. Aku suruh diorang berdiri kat padang, di mana aku pun turut berada kat depan diorang pada waktu yang sama (sambil membebel-bebel sebab diorang tak paham bahasa sangat, dah banyak kali ingatkan pakai pakaian sukan waktu PJK tapi still lupa).

Dengan kuasa bulan, family salah seorang student yang aku denda pagi ni datang kat sekolah lepas waktu rehat tadi. Menurut cerita student tu, aku tetap berdegil denda dia walaupun dia dah inform kat aku yang dia tak sihat. (What the hell?! Dalam hati aku memang dah mencarut segala bagai benda dah kat budak pemfitnah tu).

Fakta-fakta (disaksikan oleh lebih kurang 30 orang student lain) :

1) Budak tu tak inform apa-apa langsung kat aku pasal dia tak sihat.

2) 2 orang student yang inform kat aku, bagitau diorang tak sihat, aku bagi diorang rest kat bawah astaka.

3) Aku denda diorang pun lebih kurang 10 minit je. Bukan la the whole 2 periods aku denda. In fact, aku pun berjemur sekali dengan diorang waktu tu. Bezanya aku membebel, diorang kena bebel.

4) Pelajar yang me-report ni dah pernah kena denda yang sama minggu lepas, tapi still buat lagi minggu ni. Adakah dia terlalu "kurang bijak"?

5) Aku memang kerap ingatkan budak-budak ni tiap-tiap kali jumpa diorang, waktu PJK wajib pakai pakaian sukan. Tiap-tiap kali ye wahai anak-anak, tak terkira dah berapa banyak kali. So, alasan saya untuk denda tu kuat. 'Saya dah inform, dengan kerapnya'!

6) Budak yang me-report tu kelihatan sihat dan segar bugar kat dalam kelas cikgu-cikgu lain sebab beliau mampu untuk kacau ketenteraman orang lain. Beliau juga dilihat bersuka-ria main loncat-loncat kat tangga selepas waktu PJK tadi. Sebenarnya yang tak sihat tu badan dia, atau otak dia?

Maka, habis la berangkut abang-abang budak tu yang bermuka ganster, emak dan nenek dia datang sekolah, carik aku. Honestly, pada mulanya memang kaki aku goyang jugak tengok muka salah seorang abang dia sebab brutal macam kaki pukul.

Tapi aku try control and cakap nice & gently dengan diorang. Aku explain benda sebenar and diorang akhirnya terima kata-kata aku. Student tu telah menyampaikan perkara yang tak betul.

Tak dinafikan, aku terpaksa jatuhkan air muka sendiri kat depan diorang dengan mintak maaf walaupun aku rasakan aku tak salah mana pun (kalau salah pun sikit sangat salahnya). Aku mintak maaf sebab tak nak panjangkan lagi hal tu. And aku bersyukur sebab family dia dah paham cerita-cerita aku dan anggap semuanya dah settle. Harap-harap betul-betul dah settle la.

So, apa yang berlaku kat sekolah tadi memang memberi pengajaran kat aku. GPK Koko, En Mustafa pun faham keadaan tu dan tak salahkan aku. Katanya, dah selalu dah kes mak ayah atau family student datang attack cikgu kat sekolah sebab si anak atau adik diorang menyampaikan perkara yang tak betul di hadapan keluarga diorang.

Kejadian tadi betul-betul bagi aku pengajaran. Semoga itu adalah pengalaman aku yang pertama dan terakhir seumpamanya.

Lepas ni, aku confirm akan lebih berhati-hati bila nak denda student. Malu tu bayang sendiri la bila kena attack kat depan orang ramai macam tadi (lagi malang kalau orang ramai bagi perspektif negatif kat kita). Thanks kepada cikgu-cikgu lain yang bersikap supportive terhadap aku yang difitnah tadi.

Lagi satu, jauhi la diri daripada memfitnah orang. Anda hanya akan dapat malu bila kebenaran diketahui umum. Ingat tu!

"Awok tensyen ni!"

Monday, March 7, 2011

Ustaz Izzat

6 & 7 Mac 2011
Siapa Izzat? Dia ni dulu bestfriend aku time sekolah rendah. Rumah kitorang dekat. Petang lepas balik sekolah selalu main basikal sesama, jalan keliling kampung & kacau member lain. Hehe

Awal tahun time darjah 5, si Izzat ni pindah ikut family dia. Tak jauh pun actually, kat bandar Bentong je dia pindah. Tapi entah macam mana, lepas dia pindah terus kitorang lost contact. Lagi-lagi time sekolah menengah, dia stay kat asrama (sekolah agama) so lagi susah nak keep in touch. Sekarang family dia dah pindah kat Negeri Sembilan.

Si Izzat ni tengah study lagi study kat Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Sekarang ni dah final semester. Tak sangka pulak pergolakan kat Mesir tu bawak hikmah untuk aku, dapat jumpa dengan si Izzat ni setelah hampir 12 tahun dah tak jumpa.

Banyak dah beza.. Cara bercakap tu dah gaya ustaz sekarang ni. Cuma cara gelak dia tu sampai sekarang tak ubah. Haha


Malam 06/03/2011, kitorang lepak kat rumah Sherafun & makan kat kedai makan. Uztaz belanja :D

Petang 07/03/2011, Izzat datang rumah aku sebab malam tadi tak puas sembang.


P/s : Thanks Izzat, ingat jugak nak lawat aku & kengkawan lain kat sini :)

Sunday, February 13, 2011

HB Abah :')

13 Februari 2011


Assalamualaikum & salam sejahtera :)

Kalau Abah masih hidup, hari ni genap umur Abah yang ke-51 tahun.

Mintak jasa baik semua pembaca muslim, kita sedekahkan Al-fatihah untuk arwah Abah.... Sebagai hadiah hari lahir untuk Abah hari ni :)

Semoga Abah aman di alam 'sana'..

Al-Fatihah kepada Allayarham Mohd Lazim bin Muda
(13 Februari 1960 - 24 September 2006)


Thursday, February 3, 2011

Reunion Hari CNY

03 Februari 2011

Apa dia?
Reunion dengan classmate SMK Sulaiman

Kat mana?
Rumah Zati (sebab laman rumah dia luas :D)


Siapa join?
Aliff, Hafiz, Izham, Tengku, Khidir, Nik, Zati, Aini, Gee, Temah, Sabariah, Azah, Linda, Hazirah, Dahlia, Ummi, Julie.

Makan apa?
Ayam panggang, Ikan Talipia panggang, nasik goreng, etc..

*Aku singgah kejap je kat event ni sebab rushed nak pegi KL, cari rumah sewa untuk Along aku.


Saturday, January 29, 2011

Ke Rasa....

29 Januari 2011

(Far, gambar ni aku ambik dari wall photo kat facebook kau. Hehe)

Dah dapat invitation card about a week ago. Kenduri kahwin for abang & kakak kepada Far. Thanks Far! Susah-susah je pos kad tu untuk aku. Hehe.

Plan asalnya, aku naik bas ke KL and kat KL pulak aku naik komuter ke Rasa. Kawan-kawan Microb akan gerak all the way from UKM lebih kurang pukul 10 am and aku akan jumpa diorang kat Rasa, around 12 tengah hari.

Pagi tu, semangat aku bagun awal sebab nak naik bas pukul 7.10 am untuk ke KL. Aku agak KL akan jammed sebab wekeend kan.. But, assumption tu meleset sama sekali as aku sampai KL around 8.45 am. Ambik kau Alip! Kalau aku gerak terus pegi Rasa, tak sampai pkul 10 am pun dah boleh sampai.. Terpana sekejap aku kat dunia pancaroba KL tu pikir nak buat apa. Haha.

Aku call si Faiq, dia suggest aku pegi UKM dulu & gerak sama-sama diorang je. Jadi, tak pasal-pasal aku ke Bangi. It was a very short & unplanned visit to Bangi. Nasib baik ada space lagi untuk aku menyelit. Hehe. Thanks to Farah yang ambik aku kat stesen komuter UKM. ;)

Bila dah gather semuanya kat Petronas Bangi, kitorang tiga kereta gerak lebih kurang pukul 11 pagi. Flight delay. Kekeke. Lepas tu traffic jammed yang sangat-sangat heavy kat bulatan Selayang. Sabar jela kitorang habiskan masa kat bulatan tu. At last, kami sampai kat Rasa lebih kurang pukul 3 pm. Aih, mana ada lambat! Lalala

Dah sampai tu, mata kitorang lebih fokus kat makanan. Lapar oooo.. Aku dari pagi tak makan. By the way, sedap lauk-lauk yang di-serve. Hehe. Lepas makan, baru jadik waras balik. Jelas sikit pandang mata ni. Haha.

Even venue-nya kat dewan orang ramai, bagi aku kenduri tu was superb. Grand, with red & white as a theme. Canopy pun banyak, cantik pulak tu. Pelamin.. Tak tau la mata korang pandang macam mana, tapi bagi aku memang dah smart habis dah. Pelamin kembar, merah putih. Pengantin-pengantin pun smart. Dalam kepala otak aku, asyik tertanya-tanya berapa bajet diorang untuk buat kenduri se-grand macam tu. Tak berapa reti aku nak estimate.. Apa-apa pun secara overall, kenduri tu nampak perfect kat mata aku. ;)

Kitorang gerak balik around 5 pm. Kitorang balik asing-asing as tak semua menuju ke destinasi yang sama.

Sebelum terlupa, Selamat Pengantin Baru kepada abang Far; Encik Hafiz & Puan Syazlyn, dan kakak Far, Dr Faezza & Dr Ikraq. Semoga perkahwinan anda semua kekal hingga akhir hayat. Amiinn.. ;)


...................................................


P/s 1 : Ini Aiman, buah hati Dell. Thanks Dell sebab tumpangkan aku untuk sampai ke Rasa. ;)


P/s 2 : Thanks to Faiq, Wan & Cheng sebab temankan aku naik komuter untuk perjalanan balik. ;)


Wednesday, January 26, 2011

Hadiah dari kubur..

26 Januari 2011

Tengah hari semalam, aku pegi servis kereta kat bandar. On the way balik ke rumah, aku singgah kubur Abah. Memang dah jadik kebiasaan aku ziarah kubur Abah bila ada kelapangan..

Sesampainya kat tanah perkuburan, boleh tahan terperanjat aku kat situ sebab nampak gelagat seekor ibu kucing dengan tiga ekor anaknya. Jinak. At first, aku biarkan je dulu & terus pergi kubur Abah, sedekahkan Al-fatihah & doa.

Bila dalam perjalanan nak balik semula ke kereta, nampak lagi kucing-kucing tu. Aku pun terpikir, kenapa ada orang sanggup buang kucing-kucing tu kat tanah perkuburan? Kot ye pun nak buang, buang la kat kedai makan ke, kawasan ada rumah orang ke.. Macam mana kucing-kucing tu nak survive kat kawasan perkuburan tepi jalan besar tu?

Dalam pada fikir-fikir tu, aku betul-betul dah nak masuk kereta. Tapi bila tengok kat kucing-kucing tu, serius hati aku jadik sayu yang teramat. Mata kucing-kucing tu macam ada sinar pengharapan yang tinggi kat aku. Okay, aku set dalam kepala otak aku, aku ambik kucing-kucing tu & bela semuanya. So, aku angkut semua kucing tu masuk boot kereta.

Sepanjang perjalanan, tak dengar any sound from the boot. Bagus kucing-kucing ni, culture shock pun boleh steady duduk diam-diam kat dalam tu. Hehe. Sesampainya kat rumah, bila aku bukak boot, si ibu kucing terus melompat keluar. Sampai sekarang tak jumpa-jumpa.

Sekarang aku jaga si anak-anak kucing je la. Aku namakan: Tania, Kuku & Bubu, simbolik kepada "Tanah Kubur". Hehe. Alhamdulillah, semua anak kucing tu jinak & manja. Aku assume Tania, Kuku & Bubu as amanah & hadiah dari Allah, on my 23rd birthday. ;) Aku akan jaga elok-elok..


Tuesday, January 25, 2011

HB Aliff Lazim!

25 Januari 2011

Hari ni, birthday aku yang ke-23 tahun. Tak berapa tua, tak berapa muda (statement jaga hati sendiri). Hehe

Belum sambut lagi. Tunggu Along balik next week, sambut sama-sama. Inshaallah ;)
Thanks semua for the wishes. Sekarang ni, majority wish guna facebook. Tak lupa jugak yang wish through SMS & phone call. Setakat yang aku larat untuk kira, semuanya over 200 wishes. TQVM guys! Thanks jugak kat Ibu, Along & Adik yang nyanyi birthday song untuk Angah ;)

Semoga semua doa kebaikan dari kalian dimakbulkan oleh Allah.. Amiinn..
=)

"Ya Allah ya tuhanku, berkatilah hidupku, keluargaku, saudara-maraku, guru-guruku, serta sahabat-handaiku, di dunia & akhirat. Kurniakan kami rezeki yang melimpah-ruah, dan selamatkan kami dari segala bencana di dunia & akhirat.. Amiinn.."

......................................

P/s : Surprise yang paling best malam tadi, bila baca wall post yang Faiq bagi kat aku;
"Faiq ....., Wan J-key &Fahmi Ceng pada mlm yg GELAP GELITA ini kami mengucapkan slamat hari lahir, sila cek dlm MyVi HITAM, kat blakang driver sit, tempat letak buku, ada sesuatu yg CERAH didlm KEGELAPAN,harap2 dpt la MENCERAHKAN lg KECERAHAN ko.. haha"
Hahaha! Ini yang diorang bagi. Tergelak-gelak aku lepas dapat benda ni. Sweet jugak diorang ni, buat surprise kat aku. Kekeke. By the way, thanks guys! Serius, aku terharu. Tak sangka korang akan buat macam ni, at the same time, lawak! Haha. (Siap ada logo UKM lagi kat kad tu)