Under Construction

Hai semua.
Aku cuma nak inform, korang mungkin akan dapat tengok aku update blog kat dashboard korang lepas ni sebab aku dah lama tak update blog, since January 2010 hari tu.
Entri-entri yang aku pos buat masa ni mungkin bukan yang latest, tapi cerita-cerita lama yang dah aku lalui sepanjang tahun 2010.
Sorry kalau benda ni menganggu lalu lintas dashboard korang.

Friday, November 26, 2010

Bye Bye Guangzhou 2010

Guangzhou 2010


Habis dah Sukan Asia Guangzhou.. Sasaran 9 Emas dah dapat..
(Cuma sukan lain yang target, sukan lain yang dapat Emas)

Tak banyak aku nak cerita, cuma nak compile senarai dengan gambar-gambar kita punya gold medallists.



1. Chai Fong Ying (Wushu - Women's Taijijian/Taijiquan)


2. Azizulhasni Awang (Cycling - Men's Keirin)


3. Alex Liew and Aaron Kong (Bowling - Men's Doubles)


4. Datuk Nicol Ann David (Squash - Women's Individual)


5. Mohd Azlan Iskandar (Squash - Men's individual)


6. Alex Liew (Bowling - Men's All-Events)


7. Ku Jin Keat (Karate - Men's Kata)


8. R. Puvaneswaran (Karate - Kumite Men's below 55kg)


9. Datuk Nicol David, Sharon Wee, Low Wee Wern and Delia Arnold (Squash - Women's Team)


Ni kedudukan pingat yang terakhir. China memang terlalu power & terlalu susah nak lawan dalam pungutan pingat ni. 1 lagi diorang nak dapat 200 Emas. Jauh pulak tu tinggalkan Korea dengan negara-negara lain. Tak tau diorang makan apa bagi hebat sangat atlit diorang. Hehe

By the way, tahniah jugak for malaysian silver & bronze medallists. Datuk Lee Chong Wei, skuad badminton, hoki, takraw, terjun, equestrian, perahu layar & yang lain-lain.. usaha lagi!

P/s : Opening & Closing Guangzhou 2010 memang terbaik!

Sumber - Bernama

Monday, November 8, 2010

Ariff & Suraya

5 - 7 November 2010


Entri kali ni nak cerita pasal aku dengan kengkawan K14U (Sidi, Aman & Wan) pegi kenduri member kitorang, Arip dengan isterinya, Suraya. Kenduri side perempuan dah settle. Kitorang decide pegi kenduri sambut menantu je sebab time kenduri side perempuan tu tak semua free.

Sekali lagi kat sini aku nak ucapkan Selamat Pengantin Baru untuk Arip & Suraya. Semoga kekal dunia & akhirat. Amiinn.. ;)


_______________________________

Sampai Kota Bharu lebih kurang pukul 6 petang. Sidi, Aman & Wan dah sampai dulu.
Sembang-sembang, kutuk-kutuk, pukul-pukul, lepas tu lapar. Pegi dinner dengan bantuan kawan Aman (lupa dah nama apa). Makan Nasi Mendi. First time dengar & rasa. Sedap.


...........................................................................

Bosan stay kat bilik, kitorang pusing-pusing bandar Kota Bharu. Lepas tu lepak kat Hayaki Kopitiam. Makan sikit, lepak yang lama. Dah nama pun lepak.


...............................................................................................

Bangun pagi, get ready nak pegi kenduri Arip kat Pasir Mas. Nak sampai Pasir Mas takde hal, cuma nak sampai ke rumah pengantin tu yang masalah sikit. Malu bertanya sesat jalan ye wahai pembaca semua, so bertanya la. Hehe.

Kat rumah kenduri, memang superb la lauk-lauk. Banyak jenis & sedap. Ikutkan hati nak je lahap banyak-banyak ayam percik kat situ. Behave, behave.. Hehe


..........................................................................

Berbekalkan tenaga yang sangat banyak daripada makan kenduri tadi, kitorang bakar kalori dengan aktiviti jalan-jalan kat Pasar Siti Khadijah. Aku dengan Aman banyak habis duit kat situ. Sidi dengan Wan plan nak datang lagi keesokannya sebab diorang lama sikit kat Kota Bharu.


..........................................................................................

Nenek aku pesan, jangan lama-lama kat tempat jual-jual macam Pasar Siti Khadijah tu. Banyak syaitan hasut suruh habiskan duit. Hehe. So, agak-agak dah dapat apa yang dicarik, kitorang gerak pegi Pantai Cahaya Bulan pulak. Try makan seafoods yang digoreng. Sedap tapi harga macam mahal sikit.


..............................................................................

Balik hotel, mandi-mandi and solat. Lepas tu jenjalan lagi kat bandar Kota Bharu. Kitorang lepak sekejap kat tepi Sungai Kelantan. Best jugak lepak kat situ, sejuk. Lepas tu sambung lepak kat Hayaki Kopitiam lagi. Macam malam semalamnya, lepak je lama. Minum sikit je. Hehe


....................................................

The next day, bangun awal sebab aku naik bas pukul 9 pagi. Sebelum pegi tunggu bas, singgah beli Murtabak Diraja & kuih Akok. Mak aku yang pesan, dia suka sangat murtabak tu. Lepas tu naik bas, balik Bentong semula. Excited sikit sebab first time naik bas dua tingkat. Hehe

________________________________________

P/s : Teringat kenangan pegi kenduri kahwin kakak Aidil, November 2008. Time tu tak berapa dapat nak enjoy sebab hujan non-stop. In fact time kenduri pun dalam hujan. Almaklum la, musim tengkujuh.