Under Construction

Hai semua.
Aku cuma nak inform, korang mungkin akan dapat tengok aku update blog kat dashboard korang lepas ni sebab aku dah lama tak update blog, since January 2010 hari tu.
Entri-entri yang aku pos buat masa ni mungkin bukan yang latest, tapi cerita-cerita lama yang dah aku lalui sepanjang tahun 2010.
Sorry kalau benda ni menganggu lalu lintas dashboard korang.

Friday, April 30, 2010

Birthday Ros

30 April 2010



Tuan Punya Birthday?
Rosma a.k.a cikgu yang banyak tolong ajar aku sepanjang kat UKM.

Venue?
Taman Tasik Cempaka, Bangi.

Siapa organize?
Bebudak Geng Kajai - Adha, Leya, Wana, Nurul, Jijah, Ika Besar & Ika Kecik.

Lagi?
Aku, Faiq, Wan, Cheng, Khai & Wan (boyfriend Ros)

Buat apa je?
Celebrate birthday, makan-makan, sembang-sembang sambil tengok pemandangan tasik.








Saturday, April 24, 2010

Night of Domino's & McD

23 & 24 April 2010

Nampak ada dua tarikh tu nampak macam lama je. But actually boleh tahan la lama jugak. Hehe

Actually Mar dah beberapa kali ajak untuk join makan Domino's since dia dah banyak kumpul voucher. At last tertunai jugak. Thanks Mar! ;)

Semuanya start lepas Isyak, lebih kurang pukul 9 malam.

Mar & Aimi beli Domino's kat Kajang.

Adegan makan 4 keping pizza Domino's ni berlaku kat taman dekat dengan foyer kolej. (Actually taman tu ada nama tapi aku lupa)

Kitorang makan secara berjemaah : Aku, Shidi, Mar, Aimi, Ari & Nobie.

Best jugak habiskan masa-masa terakhir dengan college-mates dekat taman tepi kolam tu.


Tetapi, adegan melahap kitorang tak habis dengan pizza-pizza tu je. Ada pulak yang bukak peti cadangan nak lepak kat McD pulak.

Berbekalkan hati aku yang kental membawa duit RM5 je dalam wallet time tu, kitorang pun melangkah membawa diri (eceh ayat) pegi ke McD Bandar Baru Bangi.

Tak makan banyak pun kat situ sebab perut dah kenyang. Mood lepak je lebih time tu.

Tup tap tup tap kitorang lepak kat situ sampai pukul 4 lebih (pagi). Mata pun dah kuyu, kitorang pun balik.



Wednesday, April 21, 2010

Ke Broga lah Kita!

21 April 2010



Aktiviti buang lemak ni asalnya di-planned by Hisham. Dia kata nak pegi kejar sunrise kat Broga Hill. Kalau aktiviti photography macam ni confirm Wan (genetic) pun nak ikut sekali. Kebetulan pulak Aqi terdengar pasal plan kitorang ni, dia pun memang dah lama nak ke situ. Ye tak ye, orang ni ajak orang ni, orang tu ajak orang tu, at last jadik ramai (Rushdan, Nas, Ain Biotech, Teha & Yati)

Kitorang bertolak lebih kurang pukul 4.30 pagi sebab tak berapa tau kat mana lokasi bukit tu. Dan macam apa yang dah kitorang agak, kitorang sesat. Haha! Actually jarak UKM - Broga tak jauh mana pun tapi sebab sesat, pukul 6 (am) lebih baru sampai.

Haaa ni ada peringatan untuk bakal pendaki Broga, sepanjang perjalanan nak sampai puncak tu takde any public amenities macam kat R&R such as toilet, gerai makan, surau etc etc.. So untuk solat, bawak la kelengkapan air extra & kain alas.

Okay dah dah. Tak nak banyak cerita, kita layan gambar je la. Sorry, tak banyak gambar kat kamera aku. Banyak kat kamera Hisham, Wan & Aqi sebab diorang je pakai kamera mahal. Hehe


Plan yang asalnya nak pegi tiga orang, dah expand jadik ramai ni. Hehe

Loncat! Loncat!

Tugu peringatan yang mudah alih.. Heheh

Actually bawah tu curam gila. Sila pakai seat belt! Lalalala

Aku tengok gambar ni macam smart pulak.

Buah tangan yang aku dapat dari Broga.

Monday, April 5, 2010

Microb Berbowlingan


5 April 2010

Hari ni pegi main bowling pulak. Pakat ramai-ramai dengan coursemates. Venuenya kat Ampang Superbowl, Metro Point, Kajang.

Bukan nak lawan sangat pun, cuma nak enjoy & spent time sesama kitorang je. Lepas ni susah nak gather ramai-ramai macam ni.. So, petang tu kitorang had our great time sesama.
Seronok oh~

P/s : Semua gambar ni from Aqi. Entah meroyan apa entah, aku ter-delete gambar-gambar dalam camera aku. My bad.




Dinner Bakal Graduan


4 April 2010


Dinner ni special untuk bakal graduan Pusat Pengajian Biosains & Bioteknologi, Fakulti Sains & Teknologi, UKM. Kira macam nak celebrate budak-budak final year la.. Hehe

Combine semua courses dalam pusat pengajian kami; Microb, Genetic, Biochem, Zoology, Biotek Tumbuhan & Bioinfo. Tahun ni takde dinner khas untuk satu-satu course.

Venue, Dectar. Makanan banyak & sedap.. Kira tak mengecewakan macam dinner kolej aku la. Melantak puas-puas aku malam tu. Lepas tu time tangkap gambar kena sorok perut or tahan nafas. Haha

P/s : Gambar ni semua dari kamera Aqi. Gambar-gambar dalam kamera aku tak berapa smart sebab lighting dalam dectar yang sayu-sayu romantik time event tu. ;p



* Tema asal dinner tu merah & hitam. Tapi course kitorang nak buat kelainan la kononnya malam tu, buat biru & hitam as tema sendiri. Alih-alih, dua-dua tema sekali budak-budak Microb bedal. Haha