Under Construction

Hai semua.
Aku cuma nak inform, korang mungkin akan dapat tengok aku update blog kat dashboard korang lepas ni sebab aku dah lama tak update blog, since January 2010 hari tu.
Entri-entri yang aku pos buat masa ni mungkin bukan yang latest, tapi cerita-cerita lama yang dah aku lalui sepanjang tahun 2010.
Sorry kalau benda ni menganggu lalu lintas dashboard korang.

Sunday, August 15, 2010

Pulang Jubah dan dot dot dot

14 & 15 Ogos 2010

14 haribulan tu aku pergi UKM. Bawak Jang temankan aku. Tak syiok drive sesorang, bosan oh. Kebetulan Jang pun belum pernah pegi UKM sebelum ni.

Lepas pulangkan jubah kat Dectar, pegi Canselori pulak untuk ambik skrol dengan transkrip. Terjumpa Far kat situ. Tapi tak sembang lama sebab dia rush nak balik. ;)

Lepas tu, niat asalnya nak pulangkan hadiah Ros. Dia tertinggal time konvo hari tu, aku tolong simpankan. Dah sampai kat rumah sewa diorang, tetiba Ain dengan semangat wajanya ajak keluar tengah hari tu. Dia nak bagi merasa naik kereta baru dia, encik Vios. Tapi tau nak pegi mana. Kitorang (Aku, Jang, Ain, Ros & Ainil) jenjalan jela pusing Putrajaya.

Entah macam mana tetiba Ain suggest singgah kat Taman Botani, Putrajaya. Urgh? Apa kejadahnya puasa-puasa & tengah hari macam tu pegi makan angin kat Taman Botani? Mungkin aktiviti baru yang boleh dipraktikkan lepas ni. Haha. Layan jela.

Dah habis tawaf taman botani, kitorang pun balik Bangi. Dan secara saspennya Ros bukak mulut, plan nak ikut balik Bentong. Aku okay je. Ibu pun on je bila aku tanya. Bincang punya bincang sesama diorang, at last jadik ikut aku balik Bentong petang tu.

At last ada jugak coursemates aku datang rumah. Hehe. Ni la time nak tunjukkan Bentong kat diorang, especially Ainil. Ainil ni asal dari Padang, Indonesia. :) Sampai rumah sedang elok berapa minit je lagi nak berbuka. Lepas tu Aku pegi terawih kat masjid, tinggalkan diorang lepak-lepak kat rumah dengan perut kenyang.

................................................................................

Esoknya, 15 haribulan, aku bawak diorang pegi Bilut. Singgah kubur, tunjukkan kubur Abah. Lepas tu pegi rumah Nenek, bagi diorang kenal sikit dengan family aku. Kebetulan rumah dekat dengan sungai, bawak diorang jalan kaki pegi tengok sungai. Haip! Tak boleh mandi, puasa! ;p Lepas tu bawak tengok rumah lama family aku kat kuarters. Bagitau diorang kat rumah tu la arwah Abah meninggal. Last sekali bawak diorang pusing-pusing Bilut.

Balik Mempaga, diorang bersiap nak balik Bangi. Yela, masing-masing ada keje nak dibuat. Mesti lagi best kalau boleh stay lama sikit. Takpe, insyaAllah next time datang lagi. Aku bawak jenjalan kat bandar pulak. :)


P/s 1 : Jang ni segan sikit nak bergambar. So, tak banyak gambar dia. Even nak curik tangkap pun dia boleh meboloskan diri dia. Hoho
P/s 2 : Ain, Ros & Ainil, sorry kalau ada apa-apa yang tak kena sepanjang kat rumah aku. Tak sempat nak get ready.
P/s 3 : Mengharapkan lagi ramai kengkawan dapat datang rumah lepas ni. ;)

2 comments:

farizamm said...

wehhh asal aku xtaw diorang iku ko balik bentong???!! isk3... jeles ni... haha... btw nasib baik ade name aku dlm entry ni..hik3... =P

Aliff Lazim said...

benda unplanned, sebab tu tak terbagitau sesapa. meh la datang rumah aku. pakat lagi ramai datang. nanti kita pegi berkelah. hehe