Under Construction

Hai semua.
Aku cuma nak inform, korang mungkin akan dapat tengok aku update blog kat dashboard korang lepas ni sebab aku dah lama tak update blog, since January 2010 hari tu.
Entri-entri yang aku pos buat masa ni mungkin bukan yang latest, tapi cerita-cerita lama yang dah aku lalui sepanjang tahun 2010.
Sorry kalau benda ni menganggu lalu lintas dashboard korang.

Friday, September 10, 2010

Selamat Hari Raya!

10 September 2010

Selamat Hari Raya semua! Maaf Zahir Batin..

Tahun ni family aku pilih tema purple pulak.

Tak banyak beraya kat rumah orang sebab ramai orang datang rumah kami. Mostly kawan-kawan Ibu yang ramai datang beraya.. Licin la makanan semua, alhamdulillah. :)

Esok, balik kampung! Yes!
^o^


Dengan keluarga Aunty & Uncle.
*Nenek tak siap lagi time snap gambar ni, dia nak mekap pakai bedak berkilo-kilo.. ;p



Jang, Aku, Farid. Diorang nila bestfriends aku since sekolah rendah. Farid ni dah almost 10 years aku tak jumpa sejak hujung tahun 2000. Dia pindah balik rumah family dia, selama ni dia stay kat Bilut dengan nenek dia. Tahun ni jumpa balik. ;)


Baju kurung first untuk Aufa. Cotton tu.. Kecik-kecik pun ikut peredaran fesyen semasa. Kekeke

No comments: