Under Construction

Hai semua.
Aku cuma nak inform, korang mungkin akan dapat tengok aku update blog kat dashboard korang lepas ni sebab aku dah lama tak update blog, since January 2010 hari tu.
Entri-entri yang aku pos buat masa ni mungkin bukan yang latest, tapi cerita-cerita lama yang dah aku lalui sepanjang tahun 2010.
Sorry kalau benda ni menganggu lalu lintas dashboard korang.

Monday, April 11, 2011

Kena Attack Kat Sekolah

Hari ni boleh diklasifikasikan antara hari yang bersejarah dalam hidup aku. Sepanjang aku jadi GSTT ni bermula dari tahun lepas, aku tak pernah kena attack dengan mana-mana family kepada student aku di atas tindakan yang aku dah buat.

Dan hari ni, aku kena attack dengan family kepada salah seorang student aku.

Pagi tadi waktu PJK, aku denda 4 orang student yang tak pakai pakaian sukan. Aku suruh diorang berdiri kat padang, di mana aku pun turut berada kat depan diorang pada waktu yang sama (sambil membebel-bebel sebab diorang tak paham bahasa sangat, dah banyak kali ingatkan pakai pakaian sukan waktu PJK tapi still lupa).

Dengan kuasa bulan, family salah seorang student yang aku denda pagi ni datang kat sekolah lepas waktu rehat tadi. Menurut cerita student tu, aku tetap berdegil denda dia walaupun dia dah inform kat aku yang dia tak sihat. (What the hell?! Dalam hati aku memang dah mencarut segala bagai benda dah kat budak pemfitnah tu).

Fakta-fakta (disaksikan oleh lebih kurang 30 orang student lain) :

1) Budak tu tak inform apa-apa langsung kat aku pasal dia tak sihat.

2) 2 orang student yang inform kat aku, bagitau diorang tak sihat, aku bagi diorang rest kat bawah astaka.

3) Aku denda diorang pun lebih kurang 10 minit je. Bukan la the whole 2 periods aku denda. In fact, aku pun berjemur sekali dengan diorang waktu tu. Bezanya aku membebel, diorang kena bebel.

4) Pelajar yang me-report ni dah pernah kena denda yang sama minggu lepas, tapi still buat lagi minggu ni. Adakah dia terlalu "kurang bijak"?

5) Aku memang kerap ingatkan budak-budak ni tiap-tiap kali jumpa diorang, waktu PJK wajib pakai pakaian sukan. Tiap-tiap kali ye wahai anak-anak, tak terkira dah berapa banyak kali. So, alasan saya untuk denda tu kuat. 'Saya dah inform, dengan kerapnya'!

6) Budak yang me-report tu kelihatan sihat dan segar bugar kat dalam kelas cikgu-cikgu lain sebab beliau mampu untuk kacau ketenteraman orang lain. Beliau juga dilihat bersuka-ria main loncat-loncat kat tangga selepas waktu PJK tadi. Sebenarnya yang tak sihat tu badan dia, atau otak dia?

Maka, habis la berangkut abang-abang budak tu yang bermuka ganster, emak dan nenek dia datang sekolah, carik aku. Honestly, pada mulanya memang kaki aku goyang jugak tengok muka salah seorang abang dia sebab brutal macam kaki pukul.

Tapi aku try control and cakap nice & gently dengan diorang. Aku explain benda sebenar and diorang akhirnya terima kata-kata aku. Student tu telah menyampaikan perkara yang tak betul.

Tak dinafikan, aku terpaksa jatuhkan air muka sendiri kat depan diorang dengan mintak maaf walaupun aku rasakan aku tak salah mana pun (kalau salah pun sikit sangat salahnya). Aku mintak maaf sebab tak nak panjangkan lagi hal tu. And aku bersyukur sebab family dia dah paham cerita-cerita aku dan anggap semuanya dah settle. Harap-harap betul-betul dah settle la.

So, apa yang berlaku kat sekolah tadi memang memberi pengajaran kat aku. GPK Koko, En Mustafa pun faham keadaan tu dan tak salahkan aku. Katanya, dah selalu dah kes mak ayah atau family student datang attack cikgu kat sekolah sebab si anak atau adik diorang menyampaikan perkara yang tak betul di hadapan keluarga diorang.

Kejadian tadi betul-betul bagi aku pengajaran. Semoga itu adalah pengalaman aku yang pertama dan terakhir seumpamanya.

Lepas ni, aku confirm akan lebih berhati-hati bila nak denda student. Malu tu bayang sendiri la bila kena attack kat depan orang ramai macam tadi (lagi malang kalau orang ramai bagi perspektif negatif kat kita). Thanks kepada cikgu-cikgu lain yang bersikap supportive terhadap aku yang difitnah tadi.

Lagi satu, jauhi la diri daripada memfitnah orang. Anda hanya akan dapat malu bila kebenaran diketahui umum. Ingat tu!

"Awok tensyen ni!"

12 comments:

ainhavi said...

sabar alip..banyak dugaan jadi seorang pendidik..yg penting buat smua hati keranaNya..yang pasal famil nak dtg serang student tu mmg takboleh nak ckp apa la..skng macam2 benda nak jadi..yang benar pon dikata salah..sabar itu penting yup..;)

Aliff Lazim said...

Thanks for the words, peng. Sebenarnya aku terkejut dengan apa yang jadik tadi as it was my very first time to experienced benda macam ni. Semoga aku jadik lebih sabar dan lebih ikhlas untuk jumpa budak tu lepas ni :)

*nNasib baik aku tak ajar dia untuk kelas english & sejarah. Kurang sikit masa nak berdepan dengan dia. Hehe

nabila saat said...

sabor je la adik ipar..xpe itu salah satu cabaran..terima ia sebagai pengalaman manis..errr..boleh??

Aliff Lazim said...

Thanks kak ipar. Sabar tu mesti. Tapi pengalaman tu saya ambik as 'pengalaman' jela, bukan pengalaman manis and bukan pengalaman pahit. Hehe

Damon Salvatore said...

wat byk2 kali lg alip, nnt lama2 ko pro la menangani parent, bleh tulis buku jual kat cikgu wannabe, .. haha

abid mikyad said...

lif la ni...bukan cam generasi kita dulu..mmg nk sentuh budak pun susah la ni...pling kuat pun blh bgi nasihat ja...bdak plak dgn perangai masing2..naik kepala r depa...pa pun jiwa murabbi kena kental....huhu...mmg susah nk bentuk...nk didik bdak2 la ni....

Aliff Lazim said...

Faiq : Hahaha good idea tu. Aku akan try pertimbangkan. Buat masa ni mungkin takat pertimbangkan jela sebab macam serik pun ada ni. Heheh

Aliff Lazim said...

Ash : Ash, lama tak dengar cerita! By the way, memang terasa sangat beza zaman kita dulu dengan budak-budak sekarang. Padahal, takde la jauh sangat beza tahunnya. Nasib student lebih terbela dari cikgu. Aku tak mintak lebih untuk siapa-siapa, tapi cukup la sekadar adil. (Aih ni dah sesi luah perasaan dah ni. Hehe)

farizamm said...

Uishhh. Itulah cabaran pendidik zaman sekarangkan. Budak-budak tak takut langsung dgn cikgu. Isk3. Itu sebab perlunya banyak persiapan untuk menjadi seorang guru. Baik fizikal mahu pun mental!

Kalau aku dah kaku jugak kot kena serang. Ada hikmahnya lip! Bertabahlah! :)

Aliff Lazim said...

Memang tercabar Far. Student sekarang makin besar skop perangai diorang, macam-macam warna. Ada yang baik, tapi tak ramai.

Yes, one of the hikmah adalah untuk ajar aku supaya lagi berhati-hati lepas ni. Thanks! :)

arif fikri said...

biase la tuh
kalau 0rang nak menang dengan care yg jahat...d0rang akan buat ape saje t0k kne kn 0rang itu
s0...cikgu...sabar lah

Aliff Lazim said...

Beres bos, aku memang tahan sabar tahap paling tinggi semalam. Budak tu pun aku rasa kena pegi "kelas memfitnah" dulu kot baru pandai nak reka cerita. Ini tidak, senang-senang je kantoikan diri dia sendiri.