Under Construction

Hai semua.
Aku cuma nak inform, korang mungkin akan dapat tengok aku update blog kat dashboard korang lepas ni sebab aku dah lama tak update blog, since January 2010 hari tu.
Entri-entri yang aku pos buat masa ni mungkin bukan yang latest, tapi cerita-cerita lama yang dah aku lalui sepanjang tahun 2010.
Sorry kalau benda ni menganggu lalu lintas dashboard korang.

Thursday, August 20, 2009

Kisah Aku di 1 Ramadhan 1427H

Assalamualaikum muslimin dan muslimat sekalian

seperti kita semua maklum, esok (22/08/2009),kita semua akan mula berpuasa.kat sini aku nak kongsi satu cerita dengan anda semua.
cerita ni berlaku tahun 2006.sedar x sedar, dah dekat 3 tahun dah berlalu.

selesai je bertarawih pada malam sehari sebelum ramadhan bermula, aku dapat beberapa sms drp kawan2 dan saudara mara mengucapkan selamat menyambut ramadhan. sambil berehat-rehat kat bilik, teringat nak call family - nak ucap selamat menyambut puasa. macam biasa, hari2 memang abah yang akan jawab fon. memandangkan itu adalah kali pertama aku menyambut ramadhan jauh dari family, banyak la yang aku sembang dengan abah. balik kampung, baju raya, itulah....inilah.... malam tu aku sembang dgn abah agak lama dari kebiasaan (selalunya dalam 6-7 minit).

pada paginya, lebih kurang pukul 4.45 am aku terbangun sendiri dan kejut para roomate bangun untuk bersahur. seriously,aku rasa mood aku happy je masa bangun tu, selalu liat je nak sahur.dalam hati "tenangnya pagi ni, xkan lailatulqadar 1 ramadhan pulak....". and aku bagitahu roomate aku betapa aku tenang pagi tu. diorang tetap dengan mata kuyu.

lebih kurang pukul 5 pagi, tengah tunggu biskut yang dicelup dalam air milo tu kembang, fon aku berbunyi. oooo ade call dari rumah. aku fikir, ni mesti nak gerakkan aku bangun sahur.

ibu : angah dah bangun? (macam suara ngantuk lagi)
aku : dah....tadi lagi dah bangun (konon2 bangga la bangun awal)
ibu : o....ibu nak bagitahu sesuatu ni.... angah kena terima ye
aku : hmmm ape dia?
ibu : abah dah takde (terus ibu aku menangis)
aku : eh, ibu betul2 laa....jangan main2....
ibu : betul....(sambil menangis)
aku : kenapa?! (aku macam x puas hati & x percaya)
ibu : abah muntah tadi lepas tu terus.... (sambil menangis)
aku : ala....ish x kan la (suara aku macam marah sebab sangat x puas hati masa tu)
ibu : angah tunggu ayah long ambil nanti (percakapan yang teresak2)
aku : ok....ibu tunggu angah

aku bagitahu roomate2 aku apa dah jadi. orang pertama yang ucap takziah - miji. fizi dengan jeme pandang je. aku tau diorang pun x tau nak cakap apa.

aku keluar dari bilik tu, duduk kat balkoni jap. actually aku sangat blur time tu. marah, x percaya, sedih & macam2 lagi.sebab, abah tak sakit tapi tiba2 boleh meninggal macam tu je. malam tadi je aku baru cakap dengan abah, semua elok.

aku x menangis, tapi badan aku jadi ketar. aku call saudara mara, diorang dah tau. aku call 2 - 3 orang kawan, bagitahu apa dah jadi. lepas tu terus fon aku non-stop berbunyi. time tu tak pasal2 aku jadik sebak. x kira dah aku cakap dengan siapa, aku nangis je. roomate2 semua pergi subuh kat masjid. pagi tu, sementara tunggu saudara mara ambil aku, aku solat subuh & baca yasin dengan keadaan teresak2
yang teramat sangat. x tertahan.

selepas melalui perjalanan 3 jam, aku & kaum kerabat dari terengganu sampai kat rumah. seriously, ramai betul orang datang ziarah. parking kereta berderet-deret. syukurlah ramai yang datang & doakan ketenangan abah. syukran kepada semua yang datang dari jauh & dekat.

aku masuk je rumah, terus ada jenazah abah dekat ruang tamu utama. ibu terus peluk aku. along dengan adik tengah baca yasin kat tepi abah. masa tu, aku tenang. orang macam pelik tengok aku cium abah aku & baca yasin dengan tenang. aku pun x tau kenapa.

aku pujuk adik dengan along, aku kata "sejuk hati tengok abah meninggal elok je sempurna,senang je....kalau yang meninggal accident tu....mengerikan". adik dengan along pun tenang je aku tengok. apa2 pun hati aku lega sebab jenazah abah senyum. i'Allah tu petanda baik.

selepas mandikan jenazah abah, sekarang kapankan pula. masa ni, memang x dapat tahan menangis. lagi2 untuk cium abah buat kali terakhir. air mata macam air paip. nak cakap apa pun xboleh, suara jadi tersekat sebab terlalu sedih. lepas solat jenazah, abah selamat dikebumikan. sepanjang sebulan puasa tu ibu buat tahlil kat rumah kami. along sambung cuti, temankan ibu & adik.

aku teruskan pelajaran selepas seminggu bercuti. syukur dan jutaan terima kasih kepada kawan2 yang faham keadaan aku. fotostatkan notes untuk aku, tolong ajar apa2 yang aku dah tertinggal, & yang paling penting support yang diberikan. diorang x tinggalkan aku sendiri dari mula aku terima berita sedih tu sampai aku mampu kuatkan hati.

jadi kawan2, setelah aku bercerita dengan panjang lebar kat sini....
- minta sedekahkan al-fatihah buat abah aku (terima kasih)
- kasihilah parents & family kita selagi mereka masih bersama kita
- sentiasa memohon keampunan sebab kita boleh mati bila2 pun
- berikan sokongan dan bantuan jika ada kawan kita yang berada dalam kesusahan Al-fatihah buat abah
Mohd Lazim bin Muda
(13/02/1960 - 24/09/2006)

semoga ramadhan kali ini lebih baik daripada yang sebelum2 ini
selamat menyambut ramadhan al-mubarak

5 comments:

hOtspUrz said...

rumate!!! ko wat aku nanges pg 1 ramadan r.. tak sangka plak slps ko cite kat aku tempoh hari tetibe ade kisah kat dlm blog.. emm terharu..

adelin_uk said...

alip..
Dari Allah kita datang, kepada Allah jua kita kembali..
Al-Fatihah untuk ayh ye..
Allah love him more than us
Semoga rohnya ditempatkan dikalangan hamba-hambaNya yang terpilih..amin..

Aliff Lazim said...

Thanx =)

sweetsuraya said...

kita kena redha yg berlaku...
acu rase dulu apa yg aliff rase..
citer kita serupa....
dngan hanya tiba-tiba....
smoga kedua-dua roh orang yg kita sayang ni tenang di alam sana....amin....

Nizam Zahri said...

takziah alip..

ermm sorry xbace abes sebab xsanggup nak baca dan xdapat nak membayangkannya jika berlaku pada kita...

al-fatihah