Under Construction

Hai semua.
Aku cuma nak inform, korang mungkin akan dapat tengok aku update blog kat dashboard korang lepas ni sebab aku dah lama tak update blog, since January 2010 hari tu.
Entri-entri yang aku pos buat masa ni mungkin bukan yang latest, tapi cerita-cerita lama yang dah aku lalui sepanjang tahun 2010.
Sorry kalau benda ni menganggu lalu lintas dashboard korang.

Saturday, January 29, 2011

Ke Rasa....

29 Januari 2011

(Far, gambar ni aku ambik dari wall photo kat facebook kau. Hehe)

Dah dapat invitation card about a week ago. Kenduri kahwin for abang & kakak kepada Far. Thanks Far! Susah-susah je pos kad tu untuk aku. Hehe.

Plan asalnya, aku naik bas ke KL and kat KL pulak aku naik komuter ke Rasa. Kawan-kawan Microb akan gerak all the way from UKM lebih kurang pukul 10 am and aku akan jumpa diorang kat Rasa, around 12 tengah hari.

Pagi tu, semangat aku bagun awal sebab nak naik bas pukul 7.10 am untuk ke KL. Aku agak KL akan jammed sebab wekeend kan.. But, assumption tu meleset sama sekali as aku sampai KL around 8.45 am. Ambik kau Alip! Kalau aku gerak terus pegi Rasa, tak sampai pkul 10 am pun dah boleh sampai.. Terpana sekejap aku kat dunia pancaroba KL tu pikir nak buat apa. Haha.

Aku call si Faiq, dia suggest aku pegi UKM dulu & gerak sama-sama diorang je. Jadi, tak pasal-pasal aku ke Bangi. It was a very short & unplanned visit to Bangi. Nasib baik ada space lagi untuk aku menyelit. Hehe. Thanks to Farah yang ambik aku kat stesen komuter UKM. ;)

Bila dah gather semuanya kat Petronas Bangi, kitorang tiga kereta gerak lebih kurang pukul 11 pagi. Flight delay. Kekeke. Lepas tu traffic jammed yang sangat-sangat heavy kat bulatan Selayang. Sabar jela kitorang habiskan masa kat bulatan tu. At last, kami sampai kat Rasa lebih kurang pukul 3 pm. Aih, mana ada lambat! Lalala

Dah sampai tu, mata kitorang lebih fokus kat makanan. Lapar oooo.. Aku dari pagi tak makan. By the way, sedap lauk-lauk yang di-serve. Hehe. Lepas makan, baru jadik waras balik. Jelas sikit pandang mata ni. Haha.

Even venue-nya kat dewan orang ramai, bagi aku kenduri tu was superb. Grand, with red & white as a theme. Canopy pun banyak, cantik pulak tu. Pelamin.. Tak tau la mata korang pandang macam mana, tapi bagi aku memang dah smart habis dah. Pelamin kembar, merah putih. Pengantin-pengantin pun smart. Dalam kepala otak aku, asyik tertanya-tanya berapa bajet diorang untuk buat kenduri se-grand macam tu. Tak berapa reti aku nak estimate.. Apa-apa pun secara overall, kenduri tu nampak perfect kat mata aku. ;)

Kitorang gerak balik around 5 pm. Kitorang balik asing-asing as tak semua menuju ke destinasi yang sama.

Sebelum terlupa, Selamat Pengantin Baru kepada abang Far; Encik Hafiz & Puan Syazlyn, dan kakak Far, Dr Faezza & Dr Ikraq. Semoga perkahwinan anda semua kekal hingga akhir hayat. Amiinn.. ;)


...................................................


P/s 1 : Ini Aiman, buah hati Dell. Thanks Dell sebab tumpangkan aku untuk sampai ke Rasa. ;)


P/s 2 : Thanks to Faiq, Wan & Cheng sebab temankan aku naik komuter untuk perjalanan balik. ;)


6 comments:

fariza mm said...

comelkan tema merah putih! aku pun suka.. serius sbg adik pengantin aku pun x sangka cenggitu majlis kahwin abg n akak aku.. hehe

btw thanks a lot 4 coming yer!! appreciate sgt2...

Aliff Lazim said...

a'ah, merah putih nampak smart. kalau nanti blur takde idea, aku ambik theme tu je time aku kahwin nanti. hehe.

welcome & thanks untuk kau jugak. kalau kau tak ajak, kami tak datang. ;)

ainhavi said...

eh~de pic aku!!tapi huduh la..hehehhe

Aliff Lazim said...

kau pun letak gambar aku tengah-tak-cover-macho dalam blog kau. fair la ni ;p

Dilla Dil said...

menarik!!!!!gmbr sy ade!!wuuwuwuw

Aliff Lazim said...

bukan takat gambar kau je dell, dengan gambar aiman pun aku letak sekali. hehe