Under Construction

Hai semua.
Aku cuma nak inform, korang mungkin akan dapat tengok aku update blog kat dashboard korang lepas ni sebab aku dah lama tak update blog, since January 2010 hari tu.
Entri-entri yang aku pos buat masa ni mungkin bukan yang latest, tapi cerita-cerita lama yang dah aku lalui sepanjang tahun 2010.
Sorry kalau benda ni menganggu lalu lintas dashboard korang.

Sunday, October 4, 2009

Rasa Rawang

Kali ni nak bercerita kisah raya aku & my coursemates beraya. Kami menghala ke arah utara Selangor, Rasa untuk beraya ke rumah Fariza. Semuanya dah well-planned melalui discussion kami kat facebook.

Around pukul 10, kami kumpul dekat area Panggung Seni. Agak pening nak settle kan masalah 16 orang untuk 3 buah kereta (Farah's, Muadz's & Aqi's) sebab kereta Ain suddenly tak boleh start pagi tu. Lastly semua dah sepakat decide 6 into kereta Farah (Aku, Farah, Ain, Ainil, Riri, Shima) , 5 Muadz (Muadz, Far, Faiq, Wan, Cheng) & 5 Aqi (Aqi, Ros, Lea, Dell, Su). Aku naik kereta Farah, as a co-pilot. Kami bertolak dengan girangnya. Hehe.

Sebelum travel jauh-jauh, kami semua singgah kat Shell Seksyen 5 Bangi. Perlu ke cerita pasal nak isi minyak ni? Haaa.... Masa kami sampai kat junction nak m
asuk Shell tu, tiba-tiba ada seorang uncle yang tengah melintas pengsan kat atas jalan. Uh?! Dia pengsan secara tiba-tiba, none of us langgar dia. Kami para jejaka yang gagah berani ni angkat uncle tu ke tepi jalan. Try kejutkan dia but dia macam kena sawan je, mata naik ke atas & ketar-ketar sikit badan dia. Ros call 999. Dalam kami gundah-gulana tu, uncle tu bangun. Kami tanya, dia ok ke tak. Dia kata ok, but aku tengok dia macam tak berapa ok. Lepas tu dia pergi macam tu je. Aku cakap kat 999 uncle tu dah bangun semula. Dekat Shell pulak, orang dekat situ bagitahu uncle tadi tu orang kurang siuman kat kawasan tu. Patutlah! No wonder no thanks from his mouth. Lepas dah isi minyak, kami teruskan perjalanan.

Sep
anjang perjalanan, kami sembang-sembang, tangkap gambar, makan makanan ringan untuk alas perut & etc. Lebih kurang 1 jam lebih, sampai la kami kat rumah Far. Sampai-sampai je ada Nissan GTR dah tersergam kat parking space rumah Far. Kereta abang dia. Fuh, smart! smart! Menu utama yang dihidangkan; Nasi Ayam & Laksa. Aku tak merasa Laksa sebab dah kenyang membalun 2 pinggan Nasi Ayam. Seriously, sedap! Dalam kenyang-kenyang pun, nak habis jugaklah kek lapis dalam balang tu aku tibai. Hehe. Lepas makan, solat & snap pictures. Lokasi seterusnya ni kami tak planned langsung. Faiq mesej Ashrin, kalau-kalau dia ada kat rumah, bolehlah kami beraya. Ashrin kata ok. So kami bergerak dari rumah Ash pula. Thanx to Far and family untuk hidangan yang sedap. =) Appreciate it so much.


Kenangan di rumah Far.

Rumah Ash kat Rawang. Tak jauh sangat daripada rumah Far. Actually, Ash & family baru balik daripada open house time tu. Sorry kami mengganggu. Kami dihidangkan Mi Goreng (udang extra) & Koktel oleh ibu Ash. Sempat lagi siapkan ini semua untuk kami. Terima kasih, terima kasih. Ibu Ash nampak seronok bersembang dengan budak-budak perempuan. Cerita pasal Ash time budak-budak. Kami lelaki duduk kat side makanan je sambil dengar-dengar. Aktiviti terakhir kami sebelum bertolak pulang, snap photos lagi. Hehe.


Kenangan di rumah Ash.

Special thanx for both Far's and Ash's families. =)

2 comments:

farizamm said...

sama2 alip....next raya datang lg ok!! ingat, rumah no. 3..huhu

Aliff Lazim said...

Haha. Eh no 3 ke? bukan 429? ke aku silap? tapi pelan tu aku xlupe r, i'Allah r sng igt. =)