Under Construction

Hai semua.
Aku cuma nak inform, korang mungkin akan dapat tengok aku update blog kat dashboard korang lepas ni sebab aku dah lama tak update blog, since January 2010 hari tu.
Entri-entri yang aku pos buat masa ni mungkin bukan yang latest, tapi cerita-cerita lama yang dah aku lalui sepanjang tahun 2010.
Sorry kalau benda ni menganggu lalu lintas dashboard korang.

Saturday, October 3, 2009

Mood Raya Lagi

Selepas seminggu cuti beraya di rumah dan di kampung, maka aku dan kawan-kawan meneruskan semula sesi pembelajaran kami yang masih berbaki untuk semester ini. Semua urusan kuliah, kelas, thesis, assignments, presentation & etc berjalan seperti biasa. But weekdays are weekdays, guys. Weekend kita enjoy. Hehe.

On Saturday, aku ke open house Abg Adi kat Kampung Pandan, Ampang. Ibu & Adik tak dapat datang disebabkan Adik dah nak exam (PMR) a week after that. By the way, best menu hari tu, Nasi Dagang.... Chef import dari Terengganu, my aunt, Cik Jah & Mokde.

Actually aku planned nak gerak awal ke sana, mungkin ada apa-apa yang patut ditolong (ayat macam pemuda harapan bangsa sungguh.... Haha). Tapi disebabkan aku menumpang kereta Kak Mas (adik Abg Adi yang stay di Kajang), agak lewat aku sampai ke Ampang petang tu. Bukan apa, Kak Mas ada urusan kat Seremban pada sebelah pagi sampai ke petang Sabtu tu. 2 trip aku ke kedai petang tu. Ini bukan statement mengungkit, but nak share dalam lambat-lambat aku sampai pun, kerja tetap menanti. Apa-apa pun i enjoyed that day.

No comments: