Under Construction

Hai semua.
Aku cuma nak inform, korang mungkin akan dapat tengok aku update blog kat dashboard korang lepas ni sebab aku dah lama tak update blog, since January 2010 hari tu.
Entri-entri yang aku pos buat masa ni mungkin bukan yang latest, tapi cerita-cerita lama yang dah aku lalui sepanjang tahun 2010.
Sorry kalau benda ni menganggu lalu lintas dashboard korang.

Saturday, October 17, 2009

Naik Rumah & Tahlil

Hari ni, Kenduri Naik Rumah & Tahlil untuk arwah Abah. Lokasinya, rumah baru family aku, Feldajaya Mempaga, Bentong. Ibu nak tunaikan hajat Abah untuk buat kenduri naik rumah ni.

Bersederhana dalam kenduri ni, tetamu yang dijemput adalah di kalangan kawan-kawan lama daripada Bilut, Saudara-
mara (Terengganu dan Bentong), serta jiran-jiran baru. Malam tadi aku baru sampai rumah. Ibu dah sibuk kat dapur. Nasib baik ada Nenek datang tolong. Kami adik-beradik pun tolong juga. Malam tu Ibu sibuk masak Rendang. Aunty pun datang tolong malam tadi, but tak tidur kat rumah kami. Paginya dia datang tolong lagi. Aunty aku ni degil, anytime dia dah nak beranak but still nak buat kerja itu ini. Katanya takpe, dah biasa. Aunty, Aunty....

Paginya, Ibu keringkan Rendang yang dah half-cooked malam tadi. Lepas tu Aunty aku yang rajin tu masak Ikan Patin Masak Tempoyak, antara masakan yang dia memang pro. Hehe. Aku macam biasa, berapa kali ulang-alik ke kedai untuk beli itu dan ini. Aku balik ke Bilut sekejap (18 Km), untuk ambil kuih-kuih dan Laksa yang Ibu tempah daripada kawan-kawannya. Baru nak mulakan perjalanan balik ke Bilut, konvoi 3 kereta family daripada Terengganu sampai. Cik Jah bawak Nasi Dagang untuk hidangan. Banyak.... Thanx Cik Jah! =) Menu lain semua catering. Hehe.

Aku ke Bilut dengan Ba
k (abang Abah), dia nak ikut sebab dah lama tak pergi sana. Last dia datang masa Abah meninggal. Lepas tu kami je yang balik Terengganu. Lepas ambil semua makanan (Lompat Tikam, Karipap, Kuih Tako, & Laksa), kami balik Mempaga semula.

Sampai-sampai, tetamu dah ramai. Angkut barang-barang semua, terus majlis dimulakan. Thanx to Uncle (Uncle Tuah, suami Aunty) sebab lead bacaan Tahlil &
Doa Kesyukuran. Sibuk melayan tetamu yang datang, tak sempat isi perut sendiri. But takpe, tak terasa lapar sangat sebab seronok melayan tetamu. Dengan saudara-mara nya lagi, seronok sembang-sembang.

Dalam pukul 3, Ibu dan team Marhabannya buat bacaan Yaasin dan tahlil lagi. Kali ni version wanita pulak. =)

Anyway, thanx to semua yang menolong dan datang, yang dekat (Bilut, Bentong & jiran-jiran baru) mahupun yang jauh (Terengganu, S
hah Alam, KL & etc.). Aku appreciate semuanya! Ibu rasa lega sebab dah dapat tunaikan hajat Abah yang dari dulu nak buat tapi tak tercapai.

Suasana bawah canopy. Makan, makan....

Nenek melayan tetamu....

Ibu memang tak menang tangan.

Suasana dalam keramaian tetamu.

Ibu dan team Marhabannya.

Sebahagian kereta para tetamu. Guys, banyak parking lot kat rumah aku, takde alasan parking penuh untuk aku tak bagi korang konvoi datang rumah aku. Hehe.

6 comments:

farizamm said...

alip!! bile nak bagi aku dtg umah ko ni..umah ko sgt cantek laaa!!

Aliff Lazim said...

Kan ko yg nk dtg meminang aku. Aku ok je bile2 pn. Haha

ANAK FELDA said...

konfem ak dtg umah ko nnnti!!
HIDUP FELDAJAYA!!!!

Aliff Lazim said...

Hahaha. sila2. ade rezeki, smpai r ko nnt. nak dtg roger. xyah tggu smpai aku jmput pn leh dtg gak. =)

ainhavi said...

wiiitt..cantik upanya umah aku..eh...umah ang..hehe

Aliff Lazim said...

haha. thanx anyway.