Under Construction

Hai semua.
Aku cuma nak inform, korang mungkin akan dapat tengok aku update blog kat dashboard korang lepas ni sebab aku dah lama tak update blog, since January 2010 hari tu.
Entri-entri yang aku pos buat masa ni mungkin bukan yang latest, tapi cerita-cerita lama yang dah aku lalui sepanjang tahun 2010.
Sorry kalau benda ni menganggu lalu lintas dashboard korang.

Friday, December 3, 2010

Proton Saga Facelift

Masa berlangsungnya Thai Motor Expo 2010 hari tu, ada la beberapa pra-KLIMS punya motorshow dia buat kat situ.. Ada la Proton tunjukkan diorang punya Proton Saga baru yang dalam bahasa inggerisnya dipanggil "The 2011 Proton Saga facelift".

Pada pengamatan aku la, yang baru ni okay la. Better kalau nak compare dengan yang previous one. Actually yang previous punya model pun not bad bagi aku. Not too good but yet, not too bad.


Yela, kalau yang previous model kan sampai M-Line je. Saga SE pun upgrade sikit je dari M-Line punya model. Based on spec baru yang aku dah tengok tu, yang baru nanti maybe ada H-Line.


Nak senang cerita, kita bercerita sambil tengok gambar. Hehe



Part depan dia ada perubahan yang boleh tahan ketara jugak la.. Tengok kat headlamps, grille, & bumper. Jelas beza diorang. Dari perspektif mata aku, aku nampak lampu depan yang baru ni macam nak seakan-akan lampu Honda Accord yang baru je. (Sorry la kalau korang nampak macam lain)



Headlamps yang baru ni ada tiga bulb. Kalau compare dengan yang previous model 2 bulb je. And signal untuk headlamps baru letak kat bahagian dalam, yang lama kat tepi luar..


Haaa.. Side mirror baru ni ada signal. Kira tak ketinggalan zaman dah la bila kereta-kereta lain dah lama ada benda ni.. Hehe


Part belakang pulak kalau tengok beza utama kat lampu belakang. Dah kecik sikit dari yang sebelum ni. LED tu.. Bumper pun macam smart. Dengan reflector kat situ. Dulu takde sebab reflector tu dah ada sekali kat lampu belakang. One more thing, kat bahagian bawah bumper tu dah ada ruang untuk ekzos. Kalau compare dengan yang lama, ekzos tu tersorok kat belakang bumper.


Sekarang dah ada port untuk USB & AUX.
(AUX tu guna untuk apa pun aku tak berapa paham lagi)



Okay, nak adjust radio dah boleh buat kat steering dah. Function macam kat kebanyakan kereta sekarang. Senang sikit nak adjust volume ke, nak ubah track lagu ke, tukar mode ke.. Tak payah gerak sangat kepala and tak ganggu sangat concentration while driving the car.


Fabric Pattern untuk kemasan tempat duduk & tepi pintu pun dah tukar. Bagi aku, yang baru ni macam lagi smart. Hehe


Lagi, yang baru punya ada power window untuk cermin penumpang belakang. Dulu setakat dua cermin kat depan je.


Alloy wheel pun dah bertukar rupa dah. Okay la.. Yang lama pun okay je lagi..


Yang ni good news bagi yang dah lama tunggu kemunculan passenger punya airbag. Yang baru dah ada..


Harap-harap cepat la launch Saga baru ni. Aku dah macam tertarik hati je.. Kalau aku dah dapat keje yang okay and harga kereta pun kena, memang aku angkat la nanti. Yela, bujang-bujang kena jimat, kumpul duit banyak-banyak dulu. So tak dapat la nak pakai kereta mahal lagi. Hehe

Sumber dari Paultan. Thanks! ;)

2 comments:

farizamm said...

wuwuwu...daa survey kete...cayalah! semoga dimurahkan rezeki kay!! =)

Aliff Lazim said...

haha. bukan la survey yang serius nak beli. saja je update pasal kereta.. memang dari sekolah dulu ni hobi aku. by the way, thanks doakan murah rezeki aku. amiiinnn.. ;)