Under Construction

Hai semua.
Aku cuma nak inform, korang mungkin akan dapat tengok aku update blog kat dashboard korang lepas ni sebab aku dah lama tak update blog, since January 2010 hari tu.
Entri-entri yang aku pos buat masa ni mungkin bukan yang latest, tapi cerita-cerita lama yang dah aku lalui sepanjang tahun 2010.
Sorry kalau benda ni menganggu lalu lintas dashboard korang.

Thursday, December 2, 2010

Pahlawan-pahlawan Proton

TUAH, JEBAT, LEKIR, LEKIU, KASTURI

Haaa jangan main-main. Lagenda pahlawan-pahlawan melayu Melaka dulu dah kena sumpah jadik kereta! Haha.. Mengarut la.. Actually Proton has created pahlawan-pahlawan diorang sendiri dah sekarang. (Tapi apa guna pahlawan kalau setakat kereta je? Hehe)

Tapi, katanya semua model yang dipertunjukkan time KLIMS 2010 ni hanya la prototype semata-mata.. Tak tau la kalau Proton saja nak bikin saspen ke apa kan. Korang tau? Aku tak tau. Hehe.

Let say kalau kereta-kereta ni semua untuk jualan, oh meriah rasanya competition dalam market kereta..

Apa-apa pun, memang smart design kereta-kereta pahlawan ni semua. Kalau Proton Tuah tu dijual dengan harga RM 27, 346.80, confirm aku paksa Ibu aku beli satu kat aku! Haha

Cakap banyak pun tak guna, jom ramai-ramai pegi KLIMS 2010 kat PWTC untuk saksikan sendiri model-model konsep produced by Proton ni! (Aku harap aku ada duit lebih untuk pegi situ - klik la Nuffnang kat tepi tu. Hehe)

Ni ada gambar sikit nak share dengan korang.

..................................................................

Proton Tuah (Proton Persona Replacement?)


Proton Jebat (Proton Inspira / Mitsubishi Lancer)


Proton Lekir (Lotus Europa S)


Proton Lekiu (Proton Exora SUV)


Proton Kasturi (Proton Saga)

...................................................................

Sumber dari Paultan & Notakosong. Thanks!

No comments: