Under Construction

Hai semua.
Aku cuma nak inform, korang mungkin akan dapat tengok aku update blog kat dashboard korang lepas ni sebab aku dah lama tak update blog, since January 2010 hari tu.
Entri-entri yang aku pos buat masa ni mungkin bukan yang latest, tapi cerita-cerita lama yang dah aku lalui sepanjang tahun 2010.
Sorry kalau benda ni menganggu lalu lintas dashboard korang.

Saturday, September 26, 2009

Open House Aidilfitri 2009


Officially, open house kali ni merupakan open house pertama kami di rumah baru keluarga kami. Actually rumah ni Abah sempat beli, tapi tak sempat merasa nak duduk. Kami hanya menduduki rumah ni bila Aku dan Along balik bercuti atau di hujung minggu. Bukan apa, salah satu faktor yang menyebabkan kami sekeluarga belum dapat berpindah sepenuhnya adalah kerana Adik yang masih bersekolah. Bukan tiada sekolah di kawasan rumah baru, tetapi tahap pencapaian sekolah di tempat baru itu agak tidak memberangsangkan. Sebolehnya, biarlah Adik bersekolah di sekolahnya sekarang kerana kalau nak diikutkan prestasi, jauh berbeza antara kedua-dua sekolah itu.

Berbalik kepada kisah open house, Ibu memang tak menang tangan sepanjang hari tu. Mana taknya, masak dua jenis menu. Pada sebelah tengah hari, tetamu dijamu dengan resepi istimewa ibu, Mi Bandung. Pada sebelah petang pula, tetamu di jamu dengan menu Nasi Minyak pula. Ibu sibuk di dapur saja sampai petang. Malam baru nampak Ibu relax sikit sebab stock makanan macam dah terjamin. Hehe.

Secara kebetulan, tetamu yang hadir seperti bertali arus pada hari tersebut. Selepas sekumpulan tetamu pulang, kumpulan baru datang. Perkara ini silih berganti bermula jam 11 pagi sehingga 11.30 malam. Memang terserlah kepenatan di muka Ibu. Ibu kata "Takpe, bukan selalu". Apa-apa pun, terima kasih kepada semua tetamu yang sudi hadir; Saudara-mara, Kawan-kawan (Ibu, Along, Aku & Adik), dan tak lupa juga jiran-jiran....

Kawan-kawan sekolah Along....

Kawan-kawan sekolah Aku....

Adik dan Kawan-kawan sekolahnya....Yang version perempuan aku tak sempat snap, busy.

Antara sebahagian saudara-mara yang hadir....

4 comments:

diLa kAzuHa said...

owhhh...

nih umah bwu ko ke??

canteq2~~ hik3..

Aliff Lazim said...

a'ah
hehe thanx =)

farizamm said...

umah kau super duper lawa!!!!!!!!!!!!!!!

Aliff Lazim said...

uit
bese2 je r
xcaye, meh dtg umah aku
btw thanx for the compliment =)