Under Construction

Hai semua.
Aku cuma nak inform, korang mungkin akan dapat tengok aku update blog kat dashboard korang lepas ni sebab aku dah lama tak update blog, since January 2010 hari tu.
Entri-entri yang aku pos buat masa ni mungkin bukan yang latest, tapi cerita-cerita lama yang dah aku lalui sepanjang tahun 2010.
Sorry kalau benda ni menganggu lalu lintas dashboard korang.

Saturday, September 12, 2009

5H27 KMPh 06/07 met again

Entry ni lambat sikit aku pos. alasan biasa, busy. lalalala~ but i can't missed this one. mesti cerita kat sini even none of them follow my blog. it's okay, at least kenangan hari tu tak hilang macam tu saja.

Entry kali ni nak berperihal tentang gathering ex-classmates aku time kat KMPh dulu. gathering buka puasa kali ni lebih meriah sebab lebih ramai people yang join (selalunya kami berlima je - aku, anuar, Azizi, Edah & Huda). thanks to Huda yang datang jauh dari UPSI, tanjung malim; Fifa & Hasif dari UiTM Shah Alam, Efa (UniMas) yang dah mula bercuti time tu; Anuar, Azizi & Azila dari UPM; dan tak lupa juga untuk Edah yang berangkat sekali dengan aku dari UKM ni.

plan asal kami nak main bowling sambil lepak2 sembang hal masing-masing. yela, lama tak jumpa. tapi disebabkan hari sabtu tu agak berduyun-duyun manusia berfoya-foya macam kami jugak kat mid valley tu, maka kami terpaksa berkeliaran saja sambil bersembang di sekeliling mall yang tak berapa nak kecil juga itu.

akibat terlalu banyak tersasau dek keletihan berpuasa sambil berjalan-jalan tanpa henti, kami pun mencari food court untuk berbuka nanti. senang, reserv
e awal-awal. walaupun jam baru pukul 5 lebih. (dah letih benar kaki-kaki kami, berduduk-duduk pula).

setelah meredakan kaki masing-masing sambil bersembang hal semasa dan kurang semasa, kami berpecah seketika mengikut geng masing-masing untuk aktiviti window shopping dan shopping betul-betul. tak lama lepas berpecah, kami bersatu kembali di food court tadi, beratur membeli makanan untuk berbuka. time ni sambung sembang lagi.

Edah tak habis-habis dengan perangai raja lawaknya, tak kering gusi kami gelak. Azizi & Efa tak dapat dipisahkan, melepaskan rindu dendam (perghhh puitis di situ) dah lama tak jumpa. by the way, thanx to Azizi & Efa yang treat us Big Apple hari tu. =) Hasif & girlfriendnya pun macam belangkas yang tak dapat dipisahkan. hehe. kesian kat Huda, walaupun banyak kerja (siapa suruh jadi orang penting kat UPSI?hehe) tapi still datang. thanks untuk anda, dan anda semua. Aku macam biasa, orang tengah jalan, sembang, korek hidung or etc., aku sibuk snap gambar. hehe. Anuar seronok sebab dapat beli baju raya kat ROMP. Azila makin banyak cakap sekarang (mungkin dia nak cover sebab dia sampai paling lewat hari tu. haha). Fifa excited dapat jumpa Efa & Farhana (Farhana ni lecture-mate kami, datang dengan Efa), diorang dulu besties time kat matrik.

masa nak balik ni antara babak yang adventure untuk kami, geng menghala ke seremban. turun je kat platform KTM mid valley tu, macam nak cancel je balik malam tu. huhu. ramai betul orang. first trip, aku & Huda je yang berjaya dengan cemerlangnya masuk ke dalam tren. trip kedua, nampaknya hanya Edah yang dapat membolosi sardin-sardin di dalam tren tersebut. last trip, the third one, barulah Anuar, Azizi & Azila dapat naik (ni berkat doa kami semua sebab kesian kat Azila, bas UPM dah takde lewat-lewat sangat.sungguhpun begitu, beliau tetap ketinggalan bas pada malam itu. kesian kena bayar tambang teksi RM11. feel sorry for u lah kawan).

aku & Huda terpaksa tunggu Edah kat stesen KTM UKM. sesampainya Edah, kami bergerak menuju ke restoran Azura untuk bersahur pula. i'm a bit sure most of you must think "baru lepas berbuka, dah nak sahur?", rite? anda semua tak tahu keperitan hidup di dalam tren yang terlalu padat malam tu. sampai terlapar semula dengan cepatnya. (okay,aku create je tu. dah dasar perut elastik, tak mampu nak bendung kelaparan). hehe.

time ni sementara menunggu Azizi & Efa beli big Apple untuk kami.


antara gambar candid yang aku suka. edah dengan lawaknya menghiburkan kami dikhalayak ramai. haha


ni baru lepas berbuka.


ni pulak gambar sebelum bertolak balik.

2 comments:

Nizam Zahri said...

ada blog xbgtau aku eh.. hahaha

Aliff Lazim said...

aku sgan
hahaha