Under Construction

Hai semua.
Aku cuma nak inform, korang mungkin akan dapat tengok aku update blog kat dashboard korang lepas ni sebab aku dah lama tak update blog, since January 2010 hari tu.
Entri-entri yang aku pos buat masa ni mungkin bukan yang latest, tapi cerita-cerita lama yang dah aku lalui sepanjang tahun 2010.
Sorry kalau benda ni menganggu lalu lintas dashboard korang.

Sunday, September 20, 2009

Aidilfitri Datang Lagi

20092009.... Tarikh yang nampak smart. Yes it was. Hari Raya. Serba sedikit tentang perjalanan hari raya pertama aku & family.

Pada malam raya, biasalah, busy dengan aktiviti memasak. kerja-kerja pasang langsir, pasang sarung kusyen & kemas-kemas dah beres siangnya.

Pagi-pagi raya, bangun-bangun je tengok Ibu dah bertugas kat dapur. Along dengan Adik sibuk iron pakaian kami semua. Haih, biasa la diorang ni, kalau raya memang restless. But malamnya, tidur tak sedar diri lah masing-masing (termasuk la aku). hehe.

Sambung semula, lepas siap-siap mandi, aku pergi solat sunat Aidilfitri dekat masjid. Memang tu rutin kaum lelaki family aku (macam ramai sangat lelaki dalam family aku) dari dulu. But sekarang aku dah tak dapat pergi dengan Abah. Thanx to kawan lama aku dari sekolah rendah,
Jang sebab tak pernah missed teman aku pergi sembahyang raya selepas Abah meninggal.

Balik je rumah, kaum wanita sedang bersiap. Al-maklumlah perempuan. Lagi-lagi raya, mesti make up lama sikit. Bila semua dah siap, kami makan. Antara menu pagi raya tu adalah rendang, ketupat, lemang, nasi impit, soto (my aunt bagi) and the special menu Ibu masak untuk hari tu ialah Mi Bandung. Hari raya, hari lupakan diet (aku tahu statement ni salah, but itulah yang terjadi kat aku).

Tak sempat kami nak habiskan makanan, family Aunty dah sampai nak beraya. Apakan daya, layan je, tetamu. Lepas tu tak henti-henti budak-budak datang. Jam dah nak dekat pukul 11 tapi budak-budak macam non-stop datang. Aku terpaksa bagitahu kat budak-budak untuk datang lewat sikit sebab kami nak pergi ziarah kubur Abah. Nanti lewat-lewat panas pulak.

Ini family aku & Aunty. Rumah kami sebelah-sebelah je.

Balik je rumah, kami beraya sesama family dulu. Sebelum-sebelum ni, aktiviti ni kami buat selepas makan, sebelum ke kubur. Kami sekeluarga bermaafan sesama kami. Kalau dulu, time ni lah time yang paling aku suka sebab akan dapat duit raya daripada Abah. But sekarang takpe, dah besar. Sambung lagi dengan aktiviti bergambar. Ni memang aktiviti wajib keluarga kami daripada dulu.

Ini potret Aidilfitri kami untuk tahun ni.

Lepas tu memang non-stop rumah aku didatangi tetamu. Ramai kawan lama ibu datang. Saudara-mara semua. Tak ketinggalan budak-budak yang nak kumpul duit raya. Busy betul, lagi-lagi Ibu dengan Along. Lepas keadaan dah macam reda sikit, aku pergi beraya kat rumah Jang. Aliff Azman pun ada sekali beraya kat situ. Kami planned nak beraya kat rumah kawan-kawan sekolah. Tapi aku tak dapat join sebab cousins aku dari Terengganu bagitahu diorang dah sampai rumah aku. Cepat pulak kali ni diorang sampai. Selalunya petang-petang sikit. But takpe, we had fun together. Kami ni memang cousins yang gila-gila sikit. Dari kecil memang macam ni. hehe. Bergambar sakan kami petang tu.

Pose sopan dekat tangga rumah Nenek.


Buat-buat perak (so called as pelik) dengan kereta baru Naim.


Sampai ke sungai kami berjalan petang tu. Orang beraya, kami bergambar sakan. hehe.

Pada sebelah malamnya, kami ready je kalau ada yang nak datang. Seems no tetamu yang datang malam tu, kami pun berehat je sambil layan cerita-cerita best kat TV.

Aliff

No comments: