Under Construction

Hai semua.
Aku cuma nak inform, korang mungkin akan dapat tengok aku update blog kat dashboard korang lepas ni sebab aku dah lama tak update blog, since January 2010 hari tu.
Entri-entri yang aku pos buat masa ni mungkin bukan yang latest, tapi cerita-cerita lama yang dah aku lalui sepanjang tahun 2010.
Sorry kalau benda ni menganggu lalu lintas dashboard korang.

Thursday, September 24, 2009

Na Na Na Na Na Ganu Kite....

Entri kali ni nak bercerita tentang baliknya aku & family ke kampung kami, on my father's side, Kemaman, Terengganu. Walaupun Abah is no longer with us, tapi relationship antara family aku dan family Abah semua okay. My Aunts semua dah anggap Ibu like their own siblings.

Kami balik on raya kedua. Kalau nak diikutkan, malam raya pertama tu aku dah nak balik, macam tahun lepas. Tapi dah family members yang lain nak rehat-rehat dulu malam tu, so kami pakat bertolak pagi raya kedua tu je lah. Perjalanan dari Bentong ke Kemaman mengambil masa lebih kurang 3 jam. Kali ni kami try balik kampung naik Persona Along. Yelah, luggage lagi besar kalau nak dibandingkan dengan Myvi Ibu. Cuma minyak tu agak terasa la jugak lebihnya. Huhu. Alhamdulilah sepanjang perjalanan tu tak hujan. Everything went smoothly.

Sampai kat kampung, first place yang kami tuju was rumah Bak (abang Abah). Motifnya kami singgah dulu kat situ sebab nak tengok anak kedua Kak Na, Adam Danish. Keesokannya diorang dah nak balik Penang setelah Kak Na menghabiskan masa berpantangnya di rumah Bak. On the same time, Abg Cho (adik Kak Na) tengah tunggu hari je untuk isterinya (Kak Lia) bersalinkan anak pertama diorang. Abg Cho dengan Kak Lia ni dah lima tahun berkahwin dan menunggu kehadiran baby diorang ni. Baru sekarang rezekinya sampai.

Lepas tu, kami ke rumah Cik Jah (kakak Abah). Memang dari dulu, each time kami balik kampung, mesti tidur kat rumah Cik Jah. Lagipun, rumah Cik Jah ni memang destinasi utama semua saudara-mara akan singgah sebab rumah Cik Jah berdepan dengan rumah Toki (Atuk). Sedikit info untuk dikongsi, rumah saudara-mara aku kat Kemaman ni semuanya berdekatan antara satu sama lain. Jadi, tak hairanlah tidur kat mana-mana pun, semua rumah takkan ketinggalan untuk diziarah.

Sepanjang 4 hari (raya kedua - kelima) kami kat kampung, sibuk menziarah saudara-mara je. Raya ketiga ada kenduri kahwin, but saudara bau-bau bacang je. So, tak terlibat aktiviti merewang. Hehe. Raya ketiga tu juga, Abg Adi (anak sulung Cik Jah) & familinya sampai ke Kemaman selepas beraya di rumah mentuanya di Jerantut, Pahang. Bila Abg Adi dah balik, lagi panjang lah langkah kami nak bergerak. Dia dah planned baik punya untuk kami one big family (lima biji kereta) konvoi raya beramai-ramai. In fact, aktiviti mandi laut pun tersenarai. Apa-apa pun, seronok beraya kat kampung kali ni. Puas. Harap-harap next time lagi seronok.


Ini antara gambar kami kat pantai. Gambar beraya kat rumah saudara-mara tak sempat nak snap, sebab kena respect orang tua bersembang. Hehe.

2 comments:

farizamm said...

seronoknya tepi pantai!!!

Aliff Lazim said...

hehe
terengganu ku indah
haha